fbpx
Now Reading
“Niat Saya Ikhlas Kerana Allah” – Pemandu Bas Baik Hati Kendong Pakcik Tak Boleh Jalan

“Niat Saya Ikhlas Kerana Allah” – Pemandu Bas Baik Hati Kendong Pakcik Tak Boleh Jalan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kisah seorang pemandu bas yang sanggup turun dari basnya untuk mengendong seorang pakcik yang kurang keupayan menjadi tular di kalangan netizen semenjak beberapa hari lalu.

Kejadian itu difahamkan berlaku ketika di Simpang,Taiping ketika dia sedang menurunkan penumpang disana, sebelum meneruskan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terminal Bas Ekspres Kamuntin.

Memetik Harian Metro, pemandu bas berkenaan, Mohamad Rafidi Mansor, 34 bagaimanpun tidak menyangka tindakannya membantu pasangan warga emas terbabit menjadi tular memandangkan ini bukan kali pertama berbuat demikian.

“NIAT saya ikhlas kerana Allah, langsung tidak terlintas untuk dipuji

Foto Rafidi mengendong warga emas berkenaan yang tular di media sosial

Saya selagi boleh akan membantu sesiapa saja yang memerlukan kerana pegangan saya jelas iaitu jika kita memudahkan urusan orang lain, insya-Allah, Allah mempermudahkan kembali urusan kita.

“Sewaktu membantu pasangan warga emas itu, saya menganggap seolah-olah mereka adalah ibu dan ayah saya,” katanya portal berkenaan.

Dia yang sudah 10 tahun bekerja dengan syarikat bas ekspres berkenaan berkata dia ikhlas kerana Allah selain berasa sudah menyempurnakan tuntutan berbuat baik kepada sesama manusia.

“Kadangkala sampah yang boleh dikitar semula seperti tin aluminium yang ditinggalkan penumpang di bas saya akan kutip dan simpan semata-mata untuk memberikannya secara percuma kepada ‘makcik’ atau ‘pakcik’ yang mengutip barangan kitar semula sebagai sumber rezeki mereka.

“Walaupun saya sendiri bukanlah daripada keluarga orang senang, namun insya-Allah perbuatan baik akan dibalas baik,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.