fbpx
Now Reading
“Apa Yang Derita Sangat? Berapa Banyak Nikmat Allah Beri..”-Bonda Rozita Ibrahim Tegur Aliff Syukri Nangis ‘Darah’

“Apa Yang Derita Sangat? Berapa Banyak Nikmat Allah Beri..”-Bonda Rozita Ibrahim Tegur Aliff Syukri Nangis ‘Darah’

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B9jtdLCpfbq/https://www.instagram.com/p/B9leJhWJEw6/

Semalam usahawan kosmetik sensasi, Aliff Syukri sekali lagi menjadi topik hangat selepas memuat naik posting gimik ‘menangis berdarah’ di Instagram dengan tujuan untuk mempromosikan single terbarunya Ku Ingin Bahagia yang akan di dilancarkan jumaat ini.

Selain dari memuat naik video, usahawan itu menerusi ruangan kapsyen turut meluahkan rasa kesal kerana mendakwa masyarakat sentiasa mengecam dirinya.

Susulan dari perkongsian itu, dia mendapat pelbagai respons dari netizen dan rata-rata mereka mengecam tindakannya yang seolah hanya mahukan populariti murahan untuk mempromosikan lagu nya itu.

Terbaru, ibunya Rozita Ibrahim, meluahkan rasa kesalnya terhadap tindakan Aliff yang sentiasa mencetuskan kontroversi. Ia juga dilihat berkait rapat dengan tindakan terbaru Aliff dalam mempromosikan lagunya itu.

Rozita turut meminta Aliff dari berhenti menagih perhatian ramai sebaliknya menumpukan perhatian kepada perniagaan kerana tidak berbakat sebagai penyanyi.

Sebenarnya, apa yang kita buat, itu yang kita dapat. Dengar baik-baik Syukri, sudahlah lagu tu… Mak bukan niat nak menjatuhkan kau tapi sebab mak sayang.

“Dah tak tahu nak komen macam mana lagi dah. Bukan mak tak nak nasihat, mak dah gagap dah. Kalau kau nak mak panjang umur, kau nak mak hidup aman, tolonglah jadi profesional.

“Bukan lagi menyanyi, sebab Syukri bukan artis dan tak perlu pun hendak menunjukkan benda merapu-rapu, sesuai dengan umur dan lagi satu, mak pesan tolonglah kasihan maruah kami semua.

“Tak payahlah berlagu-lagu Syukri. Semua orang tahu suara engkau tu tak sedap. Tak sedap pun, tak payah berlagu-lagu,” katanya.

Tambah Rozita lagi, dia sudah mencuba pelbagai cara untuk menasihati Aliff namun semuanya seolah tidak diendahkan oleh anaknya itu.

Rozita turut mempersoalkan kenyataan yang acap kali digunakan Aliff, konon dia hidup menderita. Sedangkan kata wanita itu, kehidupan anaknya serba lengkap.

“Apa yang derita sangat? Berapa banyak nikmat yang Allah beri pada kau… Tak nampak ke?

“Nak bagi faham, macam mana kalau engkau cakap buruk – A, B, C dan D, orang cakap bukan untuk niat nak jatuhkan kau.

“Sebenarnya, memang kau yang pilih jalan jatuh. Sebab apa tau, memang kau suka orang kecam. Masalahnya perangai kau tu, terpalit dekat mak,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.