Ingat Baru Bertanding, Rupanya King Coco Sudah Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bagan Serai
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Semalam kami ada melaporkan yang instafamous King Coco atau nama betulnya Marshaira Ismail menjadi topik hangat selepas poster dirinya sebagai calon untuk merebut jawatan ketua srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM) Bagan Serai tular di media sosial.
Baca artikel berkaitan : King Coco bertanding Ketua Srikandi PPBM Bahagian, Ini Komen Netizen
Terbaru menerusi satu video yang dimuat naik oleh Bagan Serai Kampung Halamanku di Facebook mendapati dia sebenarnya sudahpun memenangi jawatan yang dipertandingkan tersebut
King Coco difahamkan telah dipilih menjadi Ketua Srikandi Bersatu bagi bahagaian Bagan Serai dengan memperoleh 62 undian menewaskan 2 orang pencabarnya.
Dia juga dapat dilihat melompat kegirangan sambil memeluk seorang rakannya sambil diberi tepukan gemuruh dari hadirin sejurus diumum memenangi jawatan terbabit
Boleh tonton video di bawah untuk melihat kemenangan instafamous itu pada min ke 4:45 :
Nampaknya King Coco bukan setakat membuat comeback, ibu kepada satu anak itu kini semakin ‘garang’ bukan sahaja di dalam media sosial malah arena politik.
Keputusan berkenaan pasti tidak dipersetujui ramai netizen, tapi apa-apa pun dia sudah pun memenanginya jadi kami ucapkan tahniah dan semoga dapat membuat perubahan pada bahagian yang diwakilinya.