fbpx

Dr Amalina, Dr Rafidah Bidas Laporan Cuaca Panas Boleh Bunuh Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan COVID-19 dilihat semakin membimbangkan. Setakat hari ini sahaja sudah terdapat 149 kes di negara kita dan 126,401 secara global.

Namun sewaktu kegusaran orang ramai meningkat, timbul satu info yang mengatakan cuaca panas di negara kita mampu membunuh virus itu dengan secara sendirinya

Cuaca panas bantu kawal Covid-19?

Satu program berita tempatan telah melaporkan hasil pemantauan dari Prof Dr. Norayati Abd Majid, menyifatkan penggunaan cecair sanitasi pada tangan amat penting. Selain itu dalam mengurangkan penularan rakyat Malaysia memilih menggunakan topeng muka.

Menurut Prof Dr. Norayati Abd Majib lagi, suhu cuaca panas di Malaysia berpotensi untuk menghalang pembiakan virus. Oleh itu dia menyarankan orang ramai untuk berjemur dan tidak takut kepada cahaya matahari.

Cuaca panas 35-36 darjah Celsius, ia tidak tahan. Jadi, rajin-rajinlah berjemur supaya kita panaskan badan, berpeluh. Itu sebab kalau boleh buka tingkap, jangan buka air-cond. Matahari dari luar tu lebih bagus untuk disinfect rumah kita.

Malah Sinar Harian sebelum itu juga pernah melaporkan, bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye(ketika itu masih menjawat jawatan) berkata kajian daripada saintis kesihatan Kementerian Kesihatan Singapura, Profesor Dr Tan Chorh Chuan menjelaskan bahawa Covid-19 tidak dapat bertahan lama sekiranya suhu melebihi 30 darjah celcius.

Terlalu awal dirumuskan dan kajian lanjut perlu dilakukan

Kenyataan dari laporan pakar ini bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Dr Amalina Bakri, yang sebelum pernah menerbitkan artikel diskusi berkait faktor suhu cuaca dan habat terhadap Covid-19

Tambahnya lagi, wabak pandemik ini memerlukan masa dalam dalam melengkap kajian mengenainya, malah banyak pakar dan saintis diluar yang telah mengeluarkan kenyataan situasi ini masih terlalu baru dan memerlukan sedikit lagi masa untuk menyelesaikannya.

Dr Rafidah Abdullah, Pakar Perunding Nefrologi  turut membidas laporan berkenaa dan menegaskan bahawa cuaca yang panas tidak membunuh virus COVID-19. Malah, dia turut menasihati agar berita yang belum sahih tidak sepatutnya disebarkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.