
Pembantu Peribadi Raja Permaisuri Agong Peluk Islam
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Istana negara mencatat peristiwa bersejarah semalam apabila Kundang (Pembantu) Peribadi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memeluk Islam
Majlis pengislaman Kundang baginda, Cik Cristine atau nama Islamnya Nur Shakira berlangsung dalam suasana ringkas yang dilakukan di Surau Utama Istana Negara
Permaisuri Agong turut dilihat menitiskan air mata sebaik sahaja pembantunya itu mengucapkan dua kalimah syahadah

Turut berada disana sewaktu majlis berlangsung adalah Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatulla, bekaf Mufti WP yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan para pegawai istana.

Malah Menteri Hal Ehwal Agama turut berkongsikan peristiwa itu di Facebooknya dengan mengatakan majlis itu berlangsung dalam suasana yang ringkas dan penuh kesyahduan.
“Menjunjung kasih Tuanku atas usaha dakwah yang dilakukan di dalam Istana. Dirgahayu Tuanku,” katanya.
Saksikan video di bawah :
Pengislaman Kundang (Pembantu Istana) Raja Permaisuri Agong Di hari Jumaat yang penuh barakah dan kemuliaan, suatu peristiwa penuh bersejarah telah berlaku di Surau Utama Istana Negara apabila KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berkenan menyaksikan dan mengendalikan pengislaman Kundang (pembantu istana) baginda, Cik Christine. Peristiwa penuh bersejarah itu disaksikan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) YB. Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan para pegawai Istana Negara. Sejurus selepas Cik Christine mengucap Dua Kalimah Syahadah di hadapan Seri Paduka Baginda Tuanku, Tunku Hajah Azizah dilihat menitiskan air mata, terharu. Nama baharu Cik Christine adalah Nur Shakira. Semoga Cik Nur Shakira terus istiqamah mendalami agama Islam dan berusaha menjadi muslimah yang kukuh akidah dan teguh peribadi. Daulat Tuanku. AllahuAkhbar. #houseofpahang #pahang #permaisurikita #TPRTPJ #pengislaman #istananegara
Posted by House Of Pahang on Friday, March 13, 2020