fbpx
Now Reading
Astro Belanja Akses Percuma Untuk Semua Saluran Filem Sehingga 31 Mac 2020

Astro Belanja Akses Percuma Untuk Semua Saluran Filem Sehingga 31 Mac 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak Covid-19 yang semakin meruncing menyebabkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam isnin mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan berkuatkuasa dari 18 Mac – 31 Mac.

Ekoran dari itu semua rakyat Malaysia disarankan agar menghabiskan masa d rumah manakala mereka yang bekerja didalam bidang tidak kritikal diarahkan agar melakukan kerja dari rumah.

Memandangkan perintah tersebut akan bermula esok, Astro akses percuma kepada semua saluran filem untuk para pelanggannya sehingga 31 Mac ini.

Memetik Awani, kesemua tersebut akan mula dibuka buat semua pelanggan bermula jam 6 pagi 18 Mac 2020. Ianya merangkumi saluran seperti HBO,, FOX Movies, Celestial Movies, tvN Movies, BollyOne dan banyak lagi.

Selain itu buat peminat filem, mereka dapat menikmati musim baharu siri ‘Westworld’ di HBO, filem-filem ‘blockbuster’ seperti ‘Avengers: End Game’ di Fox Movies, filem terbaik Anugerah Academy 2020, ‘Parasite’ di tvN Movies dan pelbagai lagi.

Dibawah adalah senarai saluran yang boleh diakses secara percuma buat semua pelanggan mereka bermula dari esok 6 pagi sehingga 31 Mac 2020 termasuk:

Senarai Saluran Percuma Oleh Astro

  1. BOO
  2. HBO
  3. Cinemax
  4. FOX Movies
  5. FOX Family Movies
  6. FOX Action Movies
  7. tvN Movies
  8. Celestial Movies
  9. Astro Citra
  10. Tayangan Hebat
  11. Thangathirai
  12. BollyOne
  13. HITS Movies
  14. Celestial Classic Movies

Yang menariknya semua saluran ini juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO. 

Buat pelanggan NJOI pula, anda akan diberikan akses percuma kepada dua saluran tambahan, iaitu KIX dan Nat Geo WILD.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.