fbpx

Perasan Ada Bintik Hitam Pada Cermin Hadapan Kereta Anda? Ini Fungsi Sebenarnya

Bintik hitam ini dalam bahasa automotif dikenali sebagai frit .

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang pemilik atau penumpang kereta, adakah korang perasaan adanya kewujudan bintik-bintik hitam pada permukaan atas cermin hadapan kenderaaan anda ? Rasanya semua orang pasti perasan bukan ?

Bintik hitam ini dalam bahasa automotif dikenali sebagai frit. Ia merupakan komponen bahagian yang penting pada cermin yang berasaskan cat seramik yang dipanggang atau ‘oven’ terus dengan suhu yang tinggi ke atas cermin kenderaan anda.

Cuma persoalannya adakah korang tahu apakah fungsi frit tersebut ?

Jadi apa kata ikuti perkongsian kami di bawah mengenai 3 fungsi utama frit bagi cermin hadapan kenderaan anda :

Foto : Mekanika

#1 Menghalang sinar ultraviolet dari merosakan lapisan kedap urethane

Tujuan utama frit adalah untuk menghalang sinar ultraviolet dari merosakan lapisan ‘urethane sealant’ . Lapisan ini berfungsi untuk yang menghalang air hujan dari masuk dari bingkai. Namun, lapisan berwarna hitam ini akan berkurang fungsinya dari semasa ke semasa sekiranya terdedah kepada suhu panas secara berterusan.

ia juga berfungsi memegang cermin agar lekat kepada bingkai bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku

#2 Sebagai permukaan yang kasar pada cermin

Selain itu tujuan lain frit adalah sebagai kawasan permukaan yang kasar agar gam dapat melekat dengan lebih kuat. Selain itu ia juga bertindak sebagai ruang kepada pelekat supaya kelihatan lebih kemas dan stabil.

Bayangkan tiada lapisan ini, pelekat jenis cecair pastinya akan meninggalkan kesan yang tidak cantik di permukaan cermin. Tak cantik bos!

#3 Tujuan astetik atau kecantikan visual

Selain itu fungsi lain Frit adalah sebagai astetik atau kecantikan visual. Bintik-bintik dot matrix itu memberikan perubahan dari bintik-bintik terus ke garisan hitam kedap di tepi bingkai. Dan kumpulan bintik hitam di belakang cermin pandang belakang itu pula turut menjadi pelindung suria. 

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.