“Tolong Duduk Di Rumah.. Jika Tidak Kita Bakal Berdepan Gelombang Ketiga..Seperti Tsunami” – KP Kesihatan
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Baru sahaja hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter sudah pun merayu orang ramai agar mematuhi arahan dan panduan yang ditetapkan kerajaan.
Ini susulan tindakan orang ramai yang dilihat mengambil peluang untuk pulang ke kampung ketika Perintah Kawalan Pergerakan yang dikenakan kerajaan akibat penularan Covid-19.
Malah ramai di antara mereka yang menyerbu balai polis bagi mengisi borang permohonan keluar ke negeri yang diumumkan semalam sehingga memaksa pihak polis menarik balik arahan terbabit.
Menurut Dr Noor Hisam lagi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan Covid-19.
“Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.
“Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami, lebih-lebih lagi jika kita mempunyai sikap tidak kisah,” katanya menerusi status di Facebook miliknya, hari ini
Beliau dalam masa sama turut memuat naik satu video yang berkait dengan statusnya :