fbpx
Now Reading
Ijtimak Tabligh Di Sulawesi Indonesia Di Batalkan

Ijtimak Tabligh Di Sulawesi Indonesia Di Batalkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B94ZW0mCLnq/

Sila subscribe telegram kami untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 dan berita baru di Malaysia di sini atau copy dan paste link di sini ke peranti anda https://t.me/buzzkini

Program Ijtimak Dunia Zon Asia 2020 yang dijadual berlangsung di Gowa, Sulawesi Selatan dibatalkan bagi mengekang penularan Covid-19

Memetik CNN Indonesia, acara itu ditangguhkan selepas kerajaan Indonesia melalui kerjasama pasukan tentera serta polis mencapai kata sepakat untuk membatalkan acara berkenaan selepas acara sama di Malaysia mencetuskan ratusan kes jangkitan koronavirus tersebut.

Jurucakap Tentera Nasional Indonesia (TNI), Andi Simangaruka berkata, program itu juga dibatalkan hasil persetujuan mereka bersama penganjur.

“Mereka akan membatalkan kegiatan itu. Ini kesepakatan dengan panitia (penganjur) kerana kerajaan dalam rangka pencegahan penularan virus ini. Mereka faham,” katanya

Foto : Malaysiakini

Tambah Andi, ribuan jemaah yang sudah berada disana akan kembali ke kawasan masing-masing termasuk peserta dari luar negara.

“Esok pagi mereka kembali ke masing-masing tempat mereka. Kita menyediakan kenderaan dari lokasi ke pelabuhan atau lapangan terbang kerana tentu ada yang pulang melalui darat, udara, atau laut. Kita siapkan,” kata Andi.

Memetik Awani, Pemerintah Gowa, Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo menerusi Instagram menjelaskan Perhimpunan Tabligh Sulawesi ditunda dan ribuan peserta dikuarantin sebelum dibenarkan pulang ke kediaman atau negara masing-masing.

“Kami juga bersetuju untuk mengasingkan mereka sementara di lokasi dan mengatur jadual kembali masing-masing,” tulis Adnan dalam akaun Instagramnya @adnanpurichtaichsan.

Difahamkan, hampir 6,000 peserta menyertai program itu yang datang dari sepelusuk dunia yang dijadualkan berlangsung hari ini hingga 22 Mac ini.

Sebelum ini media melaporkan sejumlah 83 rakyat Malaysia sudah berada di sana untuk menyertai acara itu, yang turut dihadiri jemaah tabligh dari 48 negara lain.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.