fbpx
Now Reading
Mari Mulakan Kempen #dudukrumah #stayhome! Bersama Demi Negara Kita

Mari Mulakan Kempen #dudukrumah #stayhome! Bersama Demi Negara Kita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sila subscribe telegram kami untuk mendapatkan berita terkini mengenai Covid-19 dan berita baru di Malaysia di sini atau copy dan paste link di sini ke peranti anda https://t.me/buzzkini

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada malam rabu telah merayu kepada rakyat Malaysia agar terus tinggal di rumah dan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang sudah memasuk hari kedua hari ini.

Tambah Perdana Menteri itu lagi, menegaskan, tujuan utama perintah itu dilaksanakan adalah untuk mengelakkan penularan wabak Covid-19, namun semua itu tidak akan berjaya jika rakyat tidak membataskan pergerakan mereka.

Semua gesaan dan rayuan itu susulan tindakan dan sikap segelintir masyarakat negara kita yang umpama memandang ringan bahaya wabak pandemik tersebut apatalah lagi menghiraukan perintah kawalan pergerakan yang dikenakan.

Merasakan harus memulakan sesuatu KKM serta kementerian lain dilihat sibuk mempromosikan kempen dalam mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang betapa pentingnya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diseru kerajaan.


Melihat dari keadaan semasa , orang ramai terutama netizen kini mula bersatu membantu memberi kesedaran kepada masyarakat negara dengan membantu KKM mengadakan empen #dudukrumah dan #stayhome.

Sejak petang semalam, tular di media sosial beberapa keping foto petugas kesihatan memegang kotak sepanduk yang bertulis “I stay here for you, you stay home for us”, dengan tanda pagar #dudukrumah dan #stayhome.

Malah kini ia turut disertai petugas frontliner lain seperti polis, bomba dan ramai lagi dalam memberi kesedaran kepada masyarakat.

Walaupun ayat yang digunakan dilihat ringkas dan santai, namun mesej yang ingin disampaikan sebenarnya begitu mendalam maksudnya.

Jadi apa kata kita semua bantu pihak berkuasa untuk memberi kesedaran kepada semua orang walaupun hanya dari rumah.

Jika frontliner kita sannggup bertungkus lumus tinggal di lapangan demi menangani Covid-9 kenapa sukar untuk anda tinggal di rumah demi mereka?\

Stay at home! Duduk di rumah! #dudukrumah #stayhome

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.