fbpx
Now Reading
“Tidak Mustahil Orang Yang Nampak Sihat Sebenarnya Pembawa Koronavirus” – Pakar Perubatan

“Tidak Mustahil Orang Yang Nampak Sihat Sebenarnya Pembawa Koronavirus” – Pakar Perubatan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/ammarzahar/posts/10221246071931971?_rdc=1&_rdr

Penularan COVID-19 di Malaysia dilihat semakin membimbangkan. Setakat artikel ini ditulis Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan peningkatan mendadak dengan keseluruhan kes positif dalam negara kini menjadi 900 orang.

Antara langkah yang disarankan KKM dan pakar perubatan dalam mengelakkan diri dari dijangkiti adalah menerapkan amalan social distancing dan menambahkan kekerapan mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer.

Terbaru seorang pengguna Facebook berkongsi kepada umum perbualannya bersama seorang doktor mengenai wabak ini selepas berpeluang bertemu pakar perubatan di sebuah klinik di Bangi selepas mengalami gejala sakit tekak.

Ikuti perkongsian Ammar Zahar di bawah :

Saya pergi klinik pagi tadi sebab sakit tekak. Risau pulak mana tau ada something yang pelik ke. Dah la tengah musim Covid-19 ni. Saya memang takde pergi mass gathering, jumpa2 orang bulan ni. So, cerita semua sejarah simptom ni dengan jujur dekat Doktor

Dah terlanjur jumpa Dr, memang banyak la soalan tentang Covid-19 ni. Saya kongsikan dekat sini

Kena buat test yang khusus di Hopsital untuk check samaada dijangkiti koronavirus

Foto : MedpageToday

Q: Macam mana nak tau sakit saya ni Koronavirus atau sakit biasa?

A: Lepas Dr cek tekak, ada white spot. So itu menunjukkan ada jangkitan virus/bakteria. Tak pasti lagi virus jenis apa (jika virus) atau bakteria jenis apa (jika bakteria). Kalau nak tau, memang kena buat test yang khusus di hospital. Kat klinik biasa tak ada.

Ada pembawa Koronavirus nampah sihat tanpa sebarang simptom

Q: Apa simptom2 kalau saya kena Covid-19 ni?

A: Koronavirus ni masalahnya boleh jadi orang tak ada simptom langsung. Tak sakit tekak, tak batuk, tak demam, tak selesema. Boleh je orang tu nampak dari luar sihat tapi dia pembawa virus Corona. Ni yang bahaya. Tapi kalau virus tu menyerang dan pesakit lemah immune system, dia boleh serang beransur2 dengan sistem pernafasan dulu seperti (batuk, sakit tekak, demam) dan kemudian masuk kedalam peparu (yang ni severe bila pesakit sampai tak cukup nafas)

Q: Kalau macam saya jenis tak pergi mass gathering, tak ada jumpa dengan close contact dengan pesakit Covid-19, kerja pun sendiri, tak jumpa orang sangat, ada possibility ke saya kena Covid-19 ni?

Koronavirus boleh hidup di permukaan besi

A: Ada. Kerana Coronavirus juga boleh hidup di permukaan besi. Boleh jadi kita ada sentuh butang lift, tombol pintu, meja besi, yang ada Coronavirus tu dan kita tak cuci tangan. Kemudian kita gunakan tangan tersebut untuk terus makan, garu hidung/mata, maka Coronavirus tu berpeluang masuk kedalam badan kita. Sebab itu pentingnya mencuci tangan.

Covid -19 tiada ubat. Perlu isolasi/kuarantin dan kerap mencuci tangan

Foto sekadar hiasan – Foto : The Conversation

Q: If let say saya kena Covid-19, macam mana nak ubati?

A: Covid-19 belum ada ubat atau vaccine khusus. Kalau kena pun, Dr akan prescribe ubat untuk mengawal simptom kita. Kalau kita diuji positif tapi tak ada batuk, demam, selesema, kita hanya perlu kuarantin selama 14 hari. Ini kerana jangkahayat Covid-19 ni adalah 14 hari. Ada pesakit yang positif pada mulanya, lepas 14 hari test dia negatif.

Q: Apa tanda-tanda yang sakit saya ni Covid-19 kalau saya tak buat test? Sebab saya hanya sakit tekak saja.

A: Kalau dah ikut rutin ubat tapi sakit tekak masih tiada peningkatan malah makin teruk ke tahap demam, batuk, selesema, cepat-cepat pergi ke hospital. Dr akan buat test samada positif atau tidak. Namun, buat masa ni perlu kuarantin dan self distance walaupun didalam rumah kerana takut berjangkit dengan anak-anak dan isteri dirumah.

Q: Apa nasihat Doktor kepada saya?

A: Kuarantin diri, self distance, kerap mencuci tangan, minum banyak air, tidur kena cukup supaya immune sistem baik, jaga kebersihan, dan jangan lupa makan ubat.

Ini apa yang saya ingat sessi saya tanya Dr tadi. Saya hanya salin balik yang saya ingat je. Yang tak ingat, saya tak tulis. Takut tertulis yang tak tepat. Kalau tengok balik, kunci untuk memenangi battle dengan Covid-19 ni memang kena kuarantin 14 hari, self distance, kerap mencuci tangan, dan tidak berada di tempat ramai orang.

Update: Perbualan ni adalah perbualan sebenar antara saya dengan Dr yang memberi rawatan di Klinik Mediviron Kajang (Bandar Teknologi) pada jam 11:00am 18/3/2020. Setakat ini, 9:30pm hari yang sama, sakit tekak saya semakin baik. Alhamdulillah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.