fbpx
Now Reading
Raja Bomoh Munculkan Diri , Kini Pagar Satu Dunia Dari Covid-19

Raja Bomoh Munculkan Diri , Kini Pagar Satu Dunia Dari Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/sultanmelakaofficials/videos/489036895312335/?t=4

Lama tak dengar pasal Raja Bomoh kan? Raja Bomoh atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin pernah menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah satu dunia menerusi ‘kuasa sakti’ buah kelapa dan teropong ajaib miliknya.

Namun cerita mengenai lelaki ini terus tidak kedengaran selepas kali terakhir menjadi topik hangat selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

Terbaru Raja Bomoh’ kembali memunculkan diri dan dia mendakwa sudahpun ‘memagar’ seluruh dunia daripada virus maut COVID-19 yang semakin meruncing.

Tidak berhenti setakat itu sahaja, dia turut mendakwa yang dia ‘diseru’ oleh bomoh-bomoh dari seluruh dunia yang meminta bantuannya dalam menangani virus COVID-19.

Yang menariknya, dia yang masih lagi kekal dengan senjata utamanya iaitu teropong ajaib dilihat turut menggunakan ‘globe’ sebagai mewakili bumi sewaktu menjalankan ritual tersebut.

Tindakannya memagar dunia mencuit hati netizen, rata-rata terhibur dengan aksi nya sewaktu menjalankan ritual tersebut.

Namun dalam masa sama masih ada segelintir netizen yang kelihat tidak berpuas hati dengan langkahnya itu dengan sesetengah mereka menyifatkan dia hanya mempersendakan masalah serius sedang melanda bukan sahaja negara malahan seluruh dunia

Tonton video tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.