fbpx
Now Reading
Rakyat Malaysia Buktikan Mereka Masih Ambil Peduli Dengan Kempen #KitaJagaKita

Rakyat Malaysia Buktikan Mereka Masih Ambil Peduli Dengan Kempen #KitaJagaKita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kita sudah memasuki hari ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan dalam usaha menangani penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Namun disebalik arahan tersebut yang membataskan pergerakan semua rakyat Malaysia- demi kebaikan negara, netizen terutamanya pengguna Twitter dan semakin merebak ke Facebook dilihat sesama sendiri mengadakan kempen #kitajagakita

Kempen tersebut yang merupakan ininsiatif yang dimulakan penulis, Hanna Alkaf dalam mengumpulkan senarai badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang membantu golongan memerlukan sepanjang PKP.

Antaranya adalah The Lost Food Projet yang terkenal dengan usaha mereka mengumpulkan makanan berlebihan dalam masa sama membantu mereka yang memerlukan makanan tersebut.

Selain itu kempen KitaFund, gabungan beberapa organisasi yang membantu dari segi membeli dan mengedarkan bekalan makanan dengan memperuntukkan RM100 untuk setiap keluarga terpilih.

Memetik Malaysiakini, semuanya bermula apabila Hanna Alkaf bersama beberapa orang lagi aktivis yang pernah menjadi perhatian ramai suatu ketika dulu menerusi kempen #pulangmengundi merasakan yang dia perlu membuat sesuatu dalam membantu golongan yang terjejas .

“Jadi saya menyalurkan rasa tidak selesa ini kepada sesuatu yang baik daripada hanya menjadi negatif.

“Ia bermula dengan satu ciapan di Twitter. Apabila saya jumpa inisiatif yang baru, saya akan masukkan dalam bebenang ciapan tersebut. Dari situ, ia mula berkembang. 

Foto : Azalia Suhaimi

“Setiap kali netizen maklumkan pada saya inisiatif baru, saya masukkan dalam bebenang,” jelasnya sewaktu dihubungi oleh Malaysiakini.

Hanna sebelum ini menerusi Twitter memuat naik senarai NGO dan kumpulan komuniti buat mereka yang memerlukan di laman sosial.

“Sama ada anda sedang memerlukan atau menawarkan bantuan, dalam bentuk wang atau bantuan pertolongan, #kitajagakita,” ciapnya di laman sosial Twitter.

Selain The Lost Food Project , Kita FUnd antara NGO dan kumpulan komuniti lain yang berada didalam senarai #Kitajagakita adalah kumpulan komuniti seperti Mercy Malaysia, Befrienders KL, Woman’s Aid Organisation (WAO), Puak Payong dan banyak lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.