fbpx
Now Reading
[Dikemaskini] Senarai Semua Lokasi Tempat Di Malaysia Yang Mempunyai Kes Positif Covid-19

[Dikemaskini] Senarai Semua Lokasi Tempat Di Malaysia Yang Mempunyai Kes Positif Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan COVID-19 di negara kita dilihat semakin membimbangkan. Terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan peningkatan yang begitu mendadak dimana keseluruhan kes positif kini menjadi 428 1183 dengan 8 kematian dalam negara.

Dalam keadaan masyarakat yang sedikit gusar terutamanya mereka yang berada di kawasan Lembah Kelang, timbul pula info-info palsu yang masih disebarkan oleh meeka yang tidak bertanggungjawab melalui media sosial dan aplikasi perbualan seperti whatsapp yang dikhuatiri mampu memudaratkan keadaan .

Bakal memasuki hari ke-5 Perintah Kawalan Pergerakan, di bawah kami senaraikan semua lokasi tempat yang pernah merekodkan kes positif Covid-19 sebagai rujukan anda mengikut negeri :

KUALA LUMPUR

1. Pantai Medical Centre  [27 Februari]

Seorang warganegara Jepun (kes 24) yang disahkan positif sebelum itu telah mendapatkan rawatan di hospital ini . Seorang pesakit yang tinggal sebilik dengannya serta seorang jururawat juga kemudiannya turut disahkan positif selepas dijangkiti melalui wanita berkenan.

Hospital ini kemudiannya bertindak menutup kawasan yang disyaki dijangkiti untuk kerja pembersihan dan disinfeksi sebelum dibuka semula

2. Menara UEM, KL Sentral [2 Mac]

Seorang pegawai kanan Khazanah Nasional Berhad(kes 26) disahkan positif pada 1 Mac. Memandangkan pejabat mereka terletak di UEM, pihak pengurusan bertindak mengosongkan sementara syarikat mereka bagi kerja pembersihan dan disinfeksi dan semua pekerja diarahkan bekerja dari rumah sebelum dibenarkkan kembali ke pejabat pada 3 Mac

3. Wisma Felcra [3 Mac]

Felcra Berhad mengeluarkan arahan agar semua kakitangan untuk bekerja dari rumah susulan salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat telah disahkan positif COVID-19 pada 4 Mac

Seluruh bangunan ditutup bagi menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi dari 4 – 6 Mac 2020.

4. Ancasa Hotel, Jalan Sultan Ismail (3 Mac)

Pegawai kanan Khazanah Nasional Berhad yang disahkan positif(kes 26) yang juga merupakan Pengerusi UDA Holding Sdn Bhd sebelum disahkan positif difahamkan telah menghadiri satu majlis perpisahan menteri dan timbalan menteri di Ancasa Hotel.

Pengurusan hotel milik UDA Holdings itu bertidak menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi pada 4 Mac dan turut melakukan ujian saringan kesihatan di lobi mereka pada hari yang sama.

5. Pertama Complex [5 Mac]

Ibu pejabat UDA Holdings terletak di Pertama Kompleks. Susulan dari pegawai kanan pengurusan mereka yang disahkan positif, pengurusan UDA bertindak membersihkan pejabat mereka di sana.

6. Taman Desa Medical Centre [5 Mac]

Foto : FMT

Seorang pesakit di Taman Desa Medical Centre disahkan positif koronavirus sebelum di hantar ke Hospital Kuala Lumpur bagi rawatan susulan.

Kesemua 43 kakitangan perubatan yang mempunyai kontak dengan pesakit diarahkan membuat pemeriksaan dan wad utama ditutup bagi kerja pembersihan

7.Bukit Gembira Condominium, Kuchai Lama [5 Mac]

Pengurusan bangunan memuat naik notis pemberitahuan menjelas seorang penduduk di kondo terbabit telah disahkan positif Covid-19

Pihak pengurusan kemudian bertindak membersihkan dan melakukan disinfeksi pada permukaan terdedah antaranya tombol-tombol pintu , butang lif dan banyak lagi.

8. Wisma MCA, Jalan Ampang [6 Mac]

Foto : The Edge Market

Seorang peguam yang menghadiri mesyuarat agung tahunan Badan Peguam Kuala Lumpur (BAR) pada 27 februari disahkan positif Covid-19.

Susulan dari itu, pengurusan bangunan Wisma MCA bertindak melakukan kerja sanitasi dan disinfeksi di Auditorium, lif dan semua pejabat di dalam bangunan tersebut

9. Menara Maybank, Jalan Tun Perak [8 Mac]

Seorang pekerja Maybank disahkan positif Covid-19 pada 8Mac. Dia sebelumnya telah pun menjalani kuarantin dari 1 Mac 2020.

Susulan dari itu, kesemua kawasan yang terjejas di bersihkan sebelum operasi syarikat kembali berjalan seperti biasa

10. A-Saloon+, Melawati Mall [10 Mac]

Foto : The Star

Seorang pelanggan salun dandanan, A-Saloon di Melawati Mall disahkan positif COVID-19.

Sebagai langkah keselamatan pihak salu bersama pengurusan Melawati Mall bertindak menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi di kawasan yang terjejas.

11. Cawangan KWSP, Jalan Raja Laut [10 Mac]

Seorang pencarum KWSP yang hadir ke pejabat berkenaan pada 27 Februari disahkan postif Covid-19 pada 3 Mac .

Susulan dari itu KWSP cawangan itu ditutup selama 3 hari sehingga 13 Mac sebelum di buka kepada orang awam pada 16 Mac.

12. SJK (C) Kuen Cheng [10 Mac]

Pihak sekolah pada 10 Mac telah memaklumkan kepada semua ibu bapa bahawa seorang ibu bapa kepada murid mereka telah disahkan positif dan sudahpun menjalani kuarantin semenjak 3 Mac.

Susulan dari itu pihak sekolah pada hari yang sama telah bertindak menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi di dalam kawasan sekolah. Selain itu mereka mula melakukan saringan suhu badan pada semua yang hadir ke sekolah.

13. Sunway Putra Mall [11 Mac]

Pihak pengurusan Sunway Putra Mall mengumumkan seorang dari staf mereka telah disah positif Covid-19.

Justeru itu mereka bertindak menjalankan kerja pembersihan dan sanitasi di semu kawasan terjejas selain bertindak mengarahkan kontak rapat pesakit untuk menjalanankan kuaranti sendiri di rumah

14. Menara TH Perdana [11 Mac]

Seorang pegawai Suhakam disahkan positif menyebkan pejabat mereka ditutup dari 11-13 Mac bagi tujuan pembersihan.

Semua pekerja diarahkan bekerja dari rumah. Suhakam juga meminta mana-mana individu yang ada berurusan dengan pihak Suhakam dari 2Mac – 11 Mac untuk segara menjalani saringan dengan KKM.

15. Jabatan Kerja Raya [11 Mac]

JKR mengesahkan seorang pekerja mekerja disahkan positif pada 8 Mac. Pesakit sudahpun dikuarantin dan mendapatkan rawataan di Hospital Kuala Lumpur.

Kesemua mereka yang diklasifikasikan sebagai kontak rapat telah menjalani saringan pada 11 Mac di diarahkan untuk mula bekerja dari rumah sementara keputusan ujian keluar.

Susulan dari itu, JKR kemudian melakukan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi di pejabat mereka

16. SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 [11 Mac]

Seorang pelajar dari SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 disahkan positif pada 11 Mac. Pihak sekolah kemudian bertindak melakukan saringan kesihatan pada semua guru dan rakan sekelas pesakit pada 12 dan 13 Mac.

Mereka kemudian diarahankan untuk menjalani kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari. Peperiksaan turut ditangguhkan kepada 23 Mac selepas tamat cuti persekolahan. Namun dijangka di tangguhkan sekali lagi ekoran Arahan Kawalan Pergerakan yang diisyitiharkan kerajaan.

17. Suruhanjaya Sekuriti [12 Mac]

Suruhanjaya Sekurit mengesahkan seorang ahli lembaga bebas mereka positif COVID-19 dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

 Susulan itu pejabat mereka ditutup bagi menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi dan semua pekerja diarah bekerja dari rumah sehingga 16 Mac.

18. Menara SSM [13 Mac]

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mengesahkan seorang daripada Ahli Majlisnya disahkan positif COVID-19.

 MyCC dalam satu kenyataan berkata pada masa ini individu berkenaan menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.

Bagaimanapun pihak mereka tidak dapat mengesahkan sama ada jangkitan berlaku seawal 29 Februari berikutan individu berkenaan tidak selalu berada di pejabat sejak tarikh itu.

Susulan itu pejabat mereka di Menara SSM ditutup bagi menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi dan semua pekerja diarah bekerja dari rumah

19. La Grande Kiara, Mont Kiara [13 Mac]

Pengurusan bangungan mengeluarkan surat notis memaklumkan seorang penduduk mereka telah disahkan positif Covid-19.

Susulan dari itu, pengurusan bangunan bertindak melakukan kerja sanitasi dan disinfeksi di semua lif dan kawasan tumpuan.

20. Universiti Malaya [15 Mac]

Pihak Universiti mengesahkan seorang speaker jemputan bagi satu majlis persidangan di Dewan Auditorium Tun Suffian pada 28 Februari telah disahkan positif Covid-19.

UM kemudian telah ditutup bagi menjalankan kerja pembasmian dan disinfeksi.

21. Babel Gym, Menara Ken, TTDI [16 Mac]

Pengurusan gimnasium memaklumkan bahawa seorang dari ahli mereka disahkan positif dengan rekod terakhirnya berkunjung ke pusat kecergasan fizikal berkenaan adalah pada 4 Mac.

Susulan dari itu, pihak gimnasium bersama pengurusan bangunan telah menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi di sekitar kawasan-kawasan utama mereka pada 13 Mac.

22. Velesto Energy Berhad, KL Sentral [18 Mac]

Difahamkan Pengerusi kepada syarikat berkenaan telah disahkan positif Covid-19 . Meskipun pesakit kali terakhir benrkunjung ke pejabat adalah pada 26 Februari, syarikat mengambil langkah keselamatan dengan melakukan kerja-kerja pembersihan.

23. Wisma Bernama [17 March]

Seorang pekerja dari tingkat 15 disahkan positif menyebabkan pengurusan bangunan bertindak menutup keseluruhan tingkat tersebut bagi menjalan kerja pembersihan

24. Kondominium Seri Maya [18 Mac]

Pengurusan bangunan menerusi satu notis memaklumkan seorang penduduk dari Blok D telah disahkan positif.

Susulan itu Kementerian Kesihatan bertindak menjalankan kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi disana.

25. Institut Sukan Negara / Majlis Sukan Negara [17 Mac]

SERAMAI 37 atlet dan 10 pegawai terpaksa dikuarantin bermula hari ini selepas atlet olahraga negara, Jackie Wong didapati positif Covid-19 sekali gus muncul sebagai atlet pertama Malaysia yang terkena jangkitan virus itu

26. Menara TM One, [20 Mac]

TM mengesahkan seorang kakitangannya dijangkiti Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital yang tidak dinyatakan lokasinya.

Pesakit bagaimapun sudah mengambil cuti sakit sejak 11 Mac.

Susulan dari itu, keseluruhan bangunan telah ditutup bagi menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi. Kementerian Kesihatan bersama unit respons Covid-19 TM sedang mengenal pasti kontak rapat pesakit.

SELANGOR

1. Subang Jaya Medical Center (SJMC) [3 Mac]

Hospital ini sahaja telah mencatat 3 pesakit positif Covid-19 dimana dua darinya merupakan pesakit yang di rawat di jabatan kecemasan manakala satu lagi kes merupakan individu dari pasukan perubatan yang bertanggungjawab menguruskan pesakit kedua .

Jabatan kecemasan hospital ini ditutup bagi menjalankan kerja pembersihan dan dibuka kembali pada hari yang sama.

2. Church of Our Lady of Guadalupe [6 Mac]

Tiga ahli gereja disahkan positif dengan kes pertama dicatatkan pada 5 Mac. 2 lagi kes merupakan kontak rapat yang menaiki kenderaan bersama pesakit pertama diantara 29 Feb – 1 Mac

3. Brainy Bunch, Bukit Kinrara [6 Mac]

Seorang ibu bapa kepada murid disahkan positif. Dia difahamkan bekerja di Kementerian Kewangan (MOF)

Pengurusan sekolah terus menghubungi ibu bapa semua murid dan menutup sekolah buat sementara

4. Koi Kinrara Suites, Puchong [9 Mac]

Pihak pengurusan bangunan membuat pengumuman yang seorang penghuni mereka disahkan positif Covid-19.

Pihak pengurusan kemudian bertindak membersihkan dan melakukan disinfeksi pada permukaan terdedah antaranya tombol-tombol pintu , butang lif dan banyak lagi.

5. Fitness First, IOI Mall Puchong [9 Mac]

Pengurusan gym menerusi email memaklumkan kepada semua pelanggan mereka bahawa Fitness First akan ditutup pada 8-9 Mac bagi tujuan pembersihan dan disinfeksi susulan seorang pelanggan yang baru berkunjung dalam tempoh dua minggu telah disahkan positif

5. KDU Kampus Glenmarie [9 Mac]

Seorang pelajar luar kampus disahkan positif pada 9 Mac dan sudah menjalani kuaranti dari 1 Mac. Sebagai langkah keselamatan semua kawasan terjejas telah dibersihkan

6. Hong Leong Assurance HQ, Sesyen 51a, PJ  [9 Mac]

Seoang pekerja Hong Leong MSIG Takaful Bhd yang sudahpun menjalani kuarantin dari 2 Mac disahkan positif pada 6 Mac.

Semua pekerja yang dikategorikan kontak rapat diarah untuk menjalankan kuarantin sendiri di rumah. Pihak pengurusan syarikat mengambilnlangkah keselamatan dengan menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi pada semua kawasan terjejas antaranya surau, kafeteria, dan tandas pada 7 dan 8 Mac.

7. Masjid Sri Petaling, S [10 Mac]

Dua peserta yang menyertai ‘ijtimak tabligh’ yang diadakan di masjid ini pada  28 Februari sehingga 1 Mac telah disahkan positif. Seorang pesakit dari Brunei dan seorang dari Pahang merupakan dua pesakit terawal yang disahkan positif di sini.

KKM setakat ini mengkategorikan Masjid Sri Petaling sebagai kluster terbaharu selepas gelombang kedua kerana terdapat hampir 15,000 peserta yang menghadiri majlis berkenaan.

Setakat artikel ini ditulis, lebih dari 200 peserta telah disahkan positif.

Masjid ini sebelum ini telah pun ditutup bagi menjalankan kerja pembersihan dan disinfeksi

8. Plaza 33, Petaling Jaya [10 Mac]

Seorang ejen insurans dari AIA yang menghadiri latihan di pejabat AIA, Plaza 33 pada 4 Mac telah disahkan positif

Semua kawasan terjejas telah di bersihkan terutamanya permukaan terdedah seperti tombol pintu butang lif dan lain lain.

9. SJK (C) Batu 11 Cheras [10 Mac]

Seorang pelajar mereka disahkan yang sudah pun bercuti dari 4 Mac disahkan positif pada 10 Mac.

Guru dan rakan sekelas sudahpun menjalani ujian saringan dan masih menantikan keputusan.

Semua kawasan terjejas juga telah di bersihkan dan menjalani disinfeksi.

10. Ibu Pejabat Sirim, Seksyen 2, Shah Alam  [11 Mac]

Sirim pada 11 Mac mengumumkan seorang pekerja mereka telah disahkan positif

Semua kontak rapat yang berhubungan dengan pesakit telah diarahkan menjalankan kuarantin sendiri di rumah. Semua kawasan terjejas juga telah di bersihkan dan menjalani disinfeksi.

11. REAL Kids, Evolve Concept Mall Ara Damansara [11 Mac]

Seorang guru yang telahpun ditahan di wad semenjak 7 Mac telah disahkan positif. Sekolah berkenaan ditutup dari 11- 13 Mac bagi tujuan pembersihan dan terus bercuti sempena cuti sekolah.

12. HQ Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM) [11 Mac]

SKMM mengesahkan seorang kakitangannya didapati positif setelah dimaklumkan pasukan kesihatan kerajaan pada 10 Mac.

Pesakit bagaimapun telah mengambil cuti sakit sejak 4 Mac selepas suaminya mempunyai kontak dengan pesakit Covid-19.

13. Pejabat Sinar Harian [12 Mac]

Ahli Parlimen Bandar Kuching , Dr Kevin Yii disahkan positif Covid-19 pada 17 Mac disyaki berjangkit dengan Ahli Parlimen Sarikei, Wong Ling ketika bertemua pada 2 Mac .

Dia bagaimanapun dilihat menghadiri satu wawancara di pejabat Sinar Harian pada 12 Mac

14. Surau Khalid al-Walid, IPK Selangor [17 Mac]

KETUA Polis Selangor Noor Azam Jamaludin dan dua lagi pegawai kanan polis di kontinjen Selangor dikuarantin sejak 16 Mac susulan seorang jemaah Surau Khalid Al-Walid di kontinjen Selangor disahkan positif Covid-19.

15. Standard Chartered Petaling Jaya [18 Mac]

Standard Chartered Malaysia (StanChart) mengesahkan seorang pekerjanya daripada cawangan Petaling Jaya telah disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun StanChart Malaysia berkata, pekerja tersebut tidak pernah hadir ke mana-mana cawangan atau bangunan bank itu selepas pergi bercuti pada 28 Februari lalu

16. Damansara Utama Methodist Church (DUMC) [21 Mac]

Tiga ahli DUMC disahkan positif covid termasuk isteri Pastor Datuk Dr Daniel Ho, dan dua orang ahli kumpulan bacaan Bible.

Pihak gereja bersama Kementerian Kesihatan kini sedang berusaha menjejaki kesemua kontak rapat ketiga ahli berkenaan.

PULAU PINANG

1. Motorola Solutions Malaysia, Bayan Lepas [10 Mac]

Seorang pekerja mereka disahkan positif pada 10 Mac. Difahamkan pesakit merupakan kontak rapat seorang lagi pesakit Covid-19 dan telah pulang ke Kuala Lumpur semimggu sebelumnya

Pejabat Motorola ditutup selama dua minggu bagi tujuan pembersihan dan semua pekerja diarahan bekerja dari rumah sepanjang tempoh terbabit.

2. UOB Bank Lebuh Bishop [14 Mac]

Seorang pekerja UOB Bank, disahkan positif dan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang. Difahamkan pekerja tersebut merupakan seorang kerani yang menghadiri majlis tabligh di Masjid Sri Petaling.

Kesemua kontaak rapat pesakit telah diarahkan menjalani kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari.

Pihak Bank bertindak menutup cawangan mereka bagi menjalankan kerja pembersihan pada 16 Mac dan dibuka semula pada 17 Mac.

PAHANG

1. Hospital Bentong [11 Mac]

Pesakit yang juga salah seorang peserta ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Sri Petaling datang ke Hospital Bentong kerana mengalami masalah pernafasan pada 8 Mac.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan dan disahkan positif pada keesokannya harinya.

2. DRB-Hicom Auto Solutions Sdn Bhd (DHAS) , Pekan [19 Mac]

Seorang pekerja mereka disahkan positif Covid-19 selepas suaminya merupakan kontak rapat kepada peserta ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling.

Pasukan kesihatan mula menjejaki semua kontak rapat pesakit.

Terminal Sentral, Kuantan [19 Mac]

Pejabat Kesihatan Kuantan, memaklumkan seorang pesakit positif Covid-19 telah menaiki sebuah bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu, sebelum perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan.

JOHOR

1. Universiti Tun Hussein Onn, Pagoh [16 Mac]

Seorang pekerja Universiti disahkan positif . Pihak univesiti menutup sementara kampus mereka dari 16-19 Mac.

2. Pejabat Kesihatan Kuantan, memaklumkan seorang pesakit positif Covid-19 telah menaiki sebuah bas ekspres Plusliner bernombor pendaftaran VDJ 2367 dari Larkin Sentral, Johor Bahru ke Terminal Sentral Kuantan pada 7.45 malam 16 Mac lalu, sebelum perintah kawalan pergerakan mula dikuatkuasakan.

TERENGGANU

1. Madrasatul Quran Kubang Bujuk [16 Mac]

Seorang peserta ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Sri Petaling yang disyaki positif Covid-19 dilaporkan telah melawat madrasah terbabit.

Sebagai langkah keselamatan, Jabatan Kesihatan Terengganu mengarahkan penutupan madrasah berkenan dan kesemua 87 penghuni untuk menjalani kuarantin selama 2 minggu dan di dikategorikan sebagai Pesakit bawah siasatan (PUI) di Hospital Hulu Terengganu.

SARAWAK

1. Lapangan Terbang MIRI [10 Mac]

Pesakit ini merupakan pesakit pertama Covid-19 dari Brunei. Dia yang juga seorang peserta ‘ijtimak tabligh’ di Masjid Sri Petaling . Dia yang pulang terbang melalui Lapangan Terbang Miri disahkan positif pada 6 Mac.

2. Kompleks Imigresen Sungai Tujuh

3. Lapangan Terbang Sibu

SABAH

1. Hospital Tawau [12 Mac]

2. Hospital Papar

P/S : Kami akan sentiasa mengemaskini senarai lokasi kes

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.