fbpx
Now Reading
“Paknil, Ayah Dah Meninggal” – Luahan Sebak Anak Korban Ke 7 Covid-19 Kepada Paknil

“Paknil, Ayah Dah Meninggal” – Luahan Sebak Anak Korban Ke 7 Covid-19 Kepada Paknil

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/B9_-N1PgLQR/https://www.facebook.com/muazanazzudin.mohamed/posts/10218758467566731

Negara kita semalam dikejutkan dengan pengumuman 6 lagi kematian pesakit menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kini sebanyak 8 orang .

Namun pengacara terkenal, Datuk  Haji Aznil bin Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Paknil memaklumkan mangsa ke-7 yang meninggal dunia, Arwah Idris Bin Atan merupakan sahabatnya baiknya dari kecil yang sebelum ini telah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur ekoran Covid-19

Malah Pakcil sempat berkongsi keadaan rakannya itu dan berhubung dengan anak mangsa,Syahirah Idris yang juga seorang pesakit positif Covid-19 menerusi panggilan video beberapa hari sebelum pemergian arwah rakannya

Terbaru menerusi Instagram, Paknil berkongsi panggilan video perbualannya bersama Syahira sewaktu sebelum dan selepas mendapat perkhabarar pemergian sahabatnya kepada umum.

Menurut Syahira, pada malam sebelumnya jantung ayahnya tiba-tiba berhenti sehingga memerlukan pihak hospital untuk melakukan debribilator .

Menerusi perbualan itu juga, gadis itu memohon bantuan Paknil dan orang ramai mendoakan ayahnya pada ketika itu yang sedang kritikal

Saat itu, hanya linangan air mata yang menemani kedua mereka sewaktu berkomunikasi. Namun pengacara terkenal itu sempat menitipkan nasihat dalam menenangkan Syahira

Itu kira macam jihad ayah. Ayah berjuang.. kita doa supaya ayah diberikan kesempatan” – pujuk Paknil.

Namun pada 21 Mac 2020 , Paknil menerima panggilan dari Syahira menyatakan ayahnya sudah pun tiada.

“Hello… Paknil, ayah da meninggal

“Tadi, sebelum ayah pergi.. doktor dah ajar ayah mengucap.. Doktor kata ayah pergi dalam keadaan yang sangat tenang”

Sejurus mendapat perkhabaran tersebut pengacara berkenaan dilihat terus menangis kerana gagal mengawal emosinya. Namun dalam masa sama dia dilihat cuba menenangkan Syahira.

Tonton video tersebut di bawah:

Dalam pada itu, Allahyarham Idris juga difahamkan adalah pakcik kepada penyampai radio Kool FM, Muaz Mohamed.

Malah Muaz menerusi Facebook turut mengumumkan pemergian pakcik nya itu .

Jadikan video yang dimuat naik Paknil itu sebagai pengajaran, pastikan semua kaum keluarga dan kenalan anda ambil peduli apa betapa bahayanya wabak maut ini.

Inilah kebenaran yang pasti akan terjadi jika anda di luar sana tidak memainkan peranan penting masing-masing

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.