
Pejabat Kesihatan Cari Penumpang Bas Jasmine (PLQ 9689) dari Seremban Ke Sg. Petani, 16 Mac 2020
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pejabat Kesihatan Daerah Kulim hari ini menerusi Facebook mereka telah membuat satu pengumuman meminta semua penumpang yang menaiki bas Ekpress Jasmine dari Terminal 1 Seremban ke Sungai Petani agar menghubingi pihak mereka secepat mungkin kerana dikhuatiri dijangkiti wabak Covid-19.
Berdasarkan maklumat yang disalurkan, bas dengan no pendaftaran PLQ 9689 itu difahamkan telah bertolak pada 16 Mac 2020 di sekitar 8.30 malam dari Terminal 1 Seremban menuju ke beberapa lokasi di kawasan utara Malaysia dengan destinasi terakhirnya adalah Sungai Petani.
Diharapkan semua penumpang untuk terus menghubungi Pejabat Daerah Kulim di 04 – 4949121 untuk membuat saringan dan pemeriksaan lanjut .

Pengumuman penting dari Pejabat Kesihatan Daerah Kulim :
COVID ALERT
PENGUMUMAN PENTING
Kepada penumpang Bas Ekspress Jasmine (PLQ9689)
Bertolak dari :
Terminal 1 Seremban > Shah Alam > Ipoh > Kamunting > Bagan Serai > Parit Buntar > Nibong Tebal > Kulim > Butterworth > Sungai Petani
Tarikh : 16/3/2020 (Isnin)
Masa Bertolak : 8.30 malam
Mohon semua penumpang yang menaiki bas ini untuk terus hubungi :
Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Kulim :
04 – 4949121
Kerjasama anda amat kami hargai.