fbpx
Now Reading
‘Tolonglah Itu Bukan FB Saya’ – Didakwa Tipu Penjualan Face Mask RM100K, Gadis Ini Perjelaskan Kisah Sebenar

‘Tolonglah Itu Bukan FB Saya’ – Didakwa Tipu Penjualan Face Mask RM100K, Gadis Ini Perjelaskan Kisah Sebenar

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka niat untuk mencari kerja secara halal berakhir dengan diri sendiri akhirnya terjerat menjadi ‘keldai akaun’ sehingga dituduh menipu dalam penjualan mask lebih dari RM 100,000

Itu yang dialami Nurisah Haimi, seorang gadis berumur 21 tahun yang berasal dari Sandakan, Sabah.

Jumpa iklan cari kerja di FB

Semuanya bermula apabila dia terjumpa satu iklan jawatan kosong sebagai seorang kerani akaun melalui FB.

Kebetulan dia yang memang sedang mencari peluang pekerjaan terus menghubungi nombor yang tertera.

Dari situlah dia mula berhubungan dengan ‘majikannya’ ,seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai Salma.

“Selepas bertanya mengenai kerja itu, Salma memaklumkan saya diterima bekerja dan dia meminta semua butiran saya termasuk nombor akaun bank.

Foto : Borneopost

Diberi tugasan membayar ‘pembekal’ dan terima RM 50 untuk setiap transaksi

“Dia memaklumkan kerja saya adalah membuat pembayaran kepada pembekal sesuatu barang menggunakan akaun peribadi saya secara online dan saya dibayar RM50 untuk setiap transaksi (yang)saya buat.

“Pada 17 Mac lalu, sejumlah wang mula masuk ke akaun saya dan sejak itu ribuan ringgit masuk ke dalam akaun saya. Ada yang masukkan lebih RM7,000, RM6,000, RM10,000 dan yang tertinggi lebih RM22,000, ” 

Mematuhi arahan yang di tugaskan, gadis ini kemudiannya akan memindah keluar wang-wang tersebut dari akaunnya ke satu akaun lain sebaik sahaja jumlah wang itu mencecah ribuan ringgit.

Foto : Fakeinet.com

Tidak pernah berniaga online

“Pemindahan itu kononnya untuk membayar pembekal. Keseluruhan jumlah duit yang masuk ke akaun saya sebanyak RM100,003 serta membabitkan lebih 400 pelanggan.

“Sehinggalah pada semalam, seorang rakan memaklumkan saya ditularkan di FB. Saya sangat terkejut dan ketakutan selepas melihat gambar saya digunakan kononnya menjual ‘face mask’ yang ramai orang cari ketika ini kerana Covid-19.

“Turut tertera juga nombor akaun saya pada iklan itu. Itu bukanlah akaun FB saya. Saya juga tidak pernah menjual barang secara online,” katanya.

Gagal menghubungi Salma

Dakwa Nurisah lagi, dia yang baru tersedar bahawa dia sudah dijadikan keldai akaun oleh ‘majikannya’ itu lantas membuat laporan polis.

Namun semenjak kisah tersebut menjadi tular,dia kini sudah tidak dapat menghubungi Salma lagi.

“Sejak semalam, saya sudah tidak dapat menghubungi Salma.

“Saya berharap semua pihak yang membuat bayaran itu faham keadaan saya kerana saya juga menjadi mangsa penipuan ini,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.