fbpx
Now Reading
Aksi Betty Rahmad Bersama Kostum ‘MamaDino’ Buat Netizen Terhibur

Aksi Betty Rahmad Bersama Kostum ‘MamaDino’ Buat Netizen Terhibur

Penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) yang semakin meningkat di dalam negara cukup menggusarkan. Malah sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerak dikeluarkan oleh kerajaan pun dapat dilihat orang ramai sudah mula mengambil langkah berjaga-berjaga dan memilih untuk berkurung di rumah bagi mengelakkan diri dijangkiti virus maut tersebut.

Pelakon Betty Rahmad tidak terkecuali, namun yang menariknya , dia yang terpaksa keluar untuk membeli barangan keperluan di pasar raya telah bertindak mengenakan pakaian tambahan; kostum dinasour yang dimilikinya.

Menerusi Instagram, Betty berkongsi kepada umum video dirinya sebelum dan semasa berada di pasar raya lengkap dengan berpakaian seperti dinasour tersebut

Menerusi entri tersebut Betty menerangkan yang dia tidak menyangka gelagatnya berpakaian demikian viral. Malah difahamkan ada bahagian dalam video yang dimuatnaiknya diambil dari orang ramai ramai yang merakam dirinya.

“Memandangkan saya dah jadi ‘MummyDino’ sebelum wujud Covid19, terfikir boleh guna dalam saat ni.

“Siap lukis peta dulu dan susun (senarai) nak beli barang apa, target less than 15mins dalam supermarket (berjaya).

“Sebelum keluar rumah i fikir yeah nanti ada orang akan pelik & pandang takpe lah janji aku rasa confident dalam tu & tak kacau orang. Tapi…. tiba-tiba viral.

“Haha sumpah takde niat, kalau i nak viral i dah bawak orang teman untuk ambik video i. Video dalam supermarket tu pun kebetulan i dapat orang post 🤣 Ok sekian… selamat malam” tulis pelakon tersebut sebagai kapsyen

See Also

Rata-rata netizen termasuk rakan selebriti dilihat terhibur dengan gelagat bersahaja Betty sewaktu mengenakan pakaian tersebut.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.