fbpx
Now Reading
Covid-19: Polis Sahkan Terima Laporan Pramugari Disyaki Positif Lari Dari Hospital

Covid-19: Polis Sahkan Terima Laporan Pramugari Disyaki Positif Lari Dari Hospital

Tular di media sosial hari ini mengenai laporan polis mengenai seorang pramugari yang dikatakan melarikan diri dari Hospital Parit Buntar pada petang isnin.

Difahamkan wanita berkenaan yang sudahpun berada di bilik isolasi Hospital Parit Buntar bertindak melarikan diri bersama abangnya kerana enggan dihantar masuk ke wad di Hospital Taiping.

Terbaru, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob mengesahkan pihaknya ada menerima aduan mengenai kejadian tersebut.

Memetik dari mStar, Omar turut menyatakan pasukannya sudah menguruskan perkara tersebut dan pramugari tersebut kini dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar.

“Kita terima laporan daripada pihak hospital. Buat masa ini kita tengah menguruskan perkara ini.

“Dia kini sedang dalam perjalanan ke Hospital Parit Buntar (Perak). Itu maklumat terakhir yang saya boleh kongsi setakat ini

See Also

Tambah Omar lagi, wanita berkenaan juga belum disahkan positif Covid-19 namun ada menunjukkan simptom jangkitan berkenaan.

“Dia belum disahkan positif. Dia hanya menunjukkan simptom Covid-19,” katanya sambil menambah kenyataan penuh akan dikeluarkan selepas isu ini selesai.

Difahamkan pramugari tersebut yang berasal dari Pulau Pinang bertugas dengan sebuah syarikat penerbangan yang berpusat dari negara jiran dan baru pulang dari Singapura

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.