fbpx
Now Reading
“Kematian Paling Sunyi” – Perkongsian Penolong Pegawai Perubatan Buat Semua Rakyat Malaysia

“Kematian Paling Sunyi” – Perkongsian Penolong Pegawai Perubatan Buat Semua Rakyat Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=2589631134497642&set=a.163284920465621&type=3&theaterhttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=2589631134497642&set=a.163284920465621&type=3&theater

Portal berita sebelum in ada melaporkan yang terdapat 10% lagi dari kalangan rakyat Malaysia masih ingkar pada arahan Pergerakan Kawalan Pergerakan yang diisyitiharkan oleh YAB Perdana Menteri

Walaupun kehadiran anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) dilihat sedikit agak membantu tugasan anggota Polis (PDRM) dalam mengawal pergerakan rakyat Malaysia sepanjang PKP namun di belakang masih ada yang tidak mematuhi arahan pasukan keselamatan negeara

Apa kata biarkan mereka membaca perkongsian seorang Penolong Pegawai Perubatan, Mohd Noor Firdauz yang di tulis di laman Facebook miliknya.

Satu tulisan ringkas tapi padat yang benar-benar menyentak hati ramai yang membacanya dan mungkin dapat membuka mata mereka yang masih berdegil yang berkait dengan kematian mereka yang telah pergi disebabkan wabak Covid-19 .

“Kematian paling sunyi.

“Tiada ahli keluarga dibenarkan mandi jenazah. Jenazah dibaluti (sealed) plastic tebal berlapis dan itulah lapisan kafan.

“Isteri, anak-anak, ahli keluarga atau sahabat tidak boleh menghampiri arwah ketika sakit. Saat kematian, langsung tidak boleh diusik, apa lagi memberi kucupan terakhir. Sakit yang bersendiri. Kematian yang sepi.

“Ahli keluarga hanya boleh solat jenazah ghaib. Dari bilik mayat terus ke kuburan. Di kuburan, tiada sesiapa dibenarkan menghampiri liang lahad.

“Dan kita semua masih ambil ringan tentang wabak ini,” kongsi Mohd Noor di Facebook miliknya.

Dalam masa sama Mohd Noor turut meletakkan hashtag #Covid19, #StayAtHome, #janganambilmudah dan #hanyasepitiadakamudisisi pada entri tersebut.

Perkongsian tersebut setakat ini telah mendapat lebih dari 1,700 perkongsian yang rata-rata memahami erti tidak dapat bersama mereka yang pergi buat selama-lamanya.

Bayangkan kalau anda atau keluarga anda yang menjadi mangsa seterusnya? Sanggupkah anda menghadapinya??

Tepuk dada tanya selera!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.