fbpx
Now Reading
Sukan Olimpik Tokyo 2020 Ditangguhkan

Sukan Olimpik Tokyo 2020 Ditangguhkan

Akhirnya Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 di Tokyo ditangguhkan selama setahun ekoran dari penularan wabak koronavirus baharu (Covid-19) yang diliht semakin meruncing.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dalam satu kenyataan berkata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Thomas Bach turut bersetuju dengan cadangan mereka untuk menangguhkan temasya berprestij tersebut

“Cadangan saya ialah menangguhkannya setahun dan Presiden (IOC) telah memberikan persetujuan,” kata Abe.

Penangguhan ini juga membabitkan Sukan Paralimpik Tokyo.

“Ini akan memungkinkan para atlet untuk membuat persiapan yang terbaik, dan akan menjadikan acara ini selamat untuk atlet dan penonton,” tambah beliau.

Foto : Reuters

Persetujuan itu hadir selepas Persatuan Olimpik British (BOA) bermesyuarat pada Selasa untuk membincangkan perkara berkenaan.

Tokyo sebelum ini sudahpun melengkapkan persiapan apabila virus berkenaan mula merebak ke seluruh dunia.

See Also

Abe yang sebelum ini kerap kali menegaskan bahawa temasya itu akan terus berlangsung seperti dirancang, namun mula mengubah pendiriannya pada minggu ini dengan berkata penangguhan mungkin tidak dapat dielakkan jika acara itu tidak dapat dilangsungkan dengan sempurna.

Ini merupakan kali pertama Sukan Olimpik ditangguhkan namun ia pernah dibatalkan sepenuhnya sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1916, 1940 dan 1944.

Foto : Japantimes

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.