fbpx

Covid-19 : Hussin Long, Rakyat Malaysia Di London Selamat Dikebumikan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

=68.ARBOcBqEnpfBuAlEWSqm71zlDtUuXIes3toe4E7wsjCxDAXgLklA9oF_gmFhoLIvUUJ0DjphSBGHboWE0l9WrE4nIl92gHl41ICGN0nilr90zgG2jF1TQrZE2Zkax3JJ0nUvHKN6_XCusvARpTLwz9Y27EKdO0dmj_7xTvfwCDCCjbY0IGooxjYx3jOpx-ExFlDX7a3ZlsAS9rsxMNdvYiLTqcqj-aAw1Kh31NHxhPBT8EOsuAC93ro0hVPJzCVnvg26-OaMl_ZLRTW8dRPcNXAYjRa1A4EDeyHO5WRaGXnR0hjxzJ-4mVvRBic-wPrPrCkoYaZXqcXfisCYassR-A&__tn__=-R"]

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di London yang sebelum ini disahkan positif Covid-19 telahpun meninggal dunia pada hari Ahad di Hospital Royal Free, Hampstead,

Hussin Long antara rakyat negara kita yang terawal berhijrah ke London, UK difahamkan sudah selamat dikebumikan pada hari selasa , jam 2 petang, waktu tempatan di tanah perkuburan Gardens of Peace.

Majlis pengebumiannya dihadiri oleh 10 orang memandangkan hanya sedikit ora dihadiri yang hanya membenarkan 10 orang untuk menghadirinya.

Memetik Awani, seorang ahli keluarga memberitahu Allahyarhman Husin yang sepenyakit lain sejak sekurang-kurangnya 20 tahun yang lalu mula mengalami simptom koronavirus kira-kira empat hari sebelum pemergiannya.

Mereka bagaimanpun hanya menerima hasil keputusan tersebut selepas pemergian Hussin.

Perkongsian oleh seorang dari mereka yang menhadiri majlis pengebumian : Foto FB Melayu London

“Situasi di sini berbeza daripada Malaysia. Kami tidak boleh dapatkan ujian COVID-19. Walaupun mempunyai simptom (awal), kami tidak boleh pergi ke hospital,” kata ahli keluarga tersebut.

“Kami perlu tunggu sehingga mempunyai masalah pernafasan untuk berjumpa dengan doktor.”

Husin yang pernah berkhidmat di pangkalan tentera laut British di Singapura sejak 1948 berhijrah ke London pada 1970 bersama beberapa orang rakannya

Allahyarham yang merupakan seorang jurutera tenteran kemudiannya bekerja di hotel The Dorchester, London sehingga ke persaraannya pada 2005.

Allahyarham pernah menyertai Kelab Melayu London yang ditubuhkan oleh diaspora Malaysia di bandar itu sejak 1960an.

Kelab tersebut dalam satu muat naik di Facebook juga menyediakan nombor akaun bank milik isterinya sekiranya orang ramai ingin menyalurkan bantuan kewangan bagi persiapan pengebumian Allahyarham.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Zauyah Embi, empat orang anak serta beberapa orang cucu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.