Covid-19 : ‘Pramugari’ Lari Dari Hospital Taiping Ada Simptom Mental
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kecoh media sosial semalam ekoran tularnya laporan polis yang mengatakan seorang ‘pramugari’ yang disyaki positif Covid-19 telah melarikan diri dari Hospital Parit Buntar bersama ‘abangnya’
Difahamkan sebenarnya dia sudah pun melaporkan diri ke hospital berkenaan pada petang selasa.
Namun selain dari mempunyai simptom Covid-19 gadis ini juga mengalami simptom ‘psikiatri’ atau bahasa mudahnya, sakit mental . Perkara itu disahkan sendiri oleh doktor yang merawatnya .
Yang lebih mengejutkan dia bukanlah seorang pramugari seperti yang ditulis pada laporan tersebut sebaliknya pernah mengikuti kursus pramugari selama sebulan di sebuah kolej di Edufly Sungai Besi Selangor sekitar penghujung tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob, dalam satu kenyataan berkara perkara itu disahkan sendiri oleh bapa gadis itu, Abdul Malek Ahmad sewaktu siasatan dijalankan pihak polis pada Selasa.
“Selain mempunyai simptom Covid-19, suspek turut dikesan mempunyai tanda-tanda kurang waras dan kini dalam tindakan lanjut pihak Hospital Taiping.
“Suspek bukanlah pramugari sebenar sebaliknya tidak berkerja dan perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya sewaktu siasatan dijalankan pihak polis semalam.
Menurut Omar Bakhtiar lagi, lelaki yang dikatakan ‘abang’ di dalam laporan itu juga sebenarnya hanyalah kenalannya yang baru sahaja dikenali seminggu lalu.
“Pihak polis turut menasihatkan rakan lelaki suspek supaya membuat pemeriksaan ujian saringan kesihatan dan hasil pemeriksaan di Hospital Sungai Bakap, Pulau Pinang, semalam mendapati lelaki itu negatif Covid-19.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya.