Now Reading
Covid-19 : Kematian Ke 21

Covid-19 : Kematian Ke 21

https://www.facebook.com/DGHisham/photos/a.656071844416707/3160761880614345/?type=3&theater

PUSAT Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) pada pagi rabu melaporkan satu lagi kes kematian wabak pandemik Covid-19 dalam negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebooknya kes tersebut menjadikan jumlah kumulatif kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.

“Lelaki itu merupakan kes ke-1,588, seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik. 

“Beliau merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling,” kata Noor Hisham.

“Beliau telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac 2020.

See Also

“Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac 2020.

“Semasa dalam rawatan, kesihatan beliau merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac 2020 jam 4 pagi.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.