Covid-19: Penduduk Simpang Renggam Diarah Berkurung Dalam Rumah

Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi mengumumkan kerajaan memutuskan dua penempatan di Simpang Renggam, Johor iaitu Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuatkuasa pada malam ini.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata keputusan itu diambil atas nasihat Menteri Kesihatan selepas satu mesyuarat krisis pada malam khamis.

Mengulas lebih lanjut, laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 83 kes positif COVID-19 di Kluang dimana 61 dari jumlah tersebut adalah dari Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid.

“Perintah PKPD membabitkan 3,570 orang penduduk tempatan terdiri daripada 650 keluarga.

Pasukan keselamatan dari ATM, PDRM, APM dan RELA akan mengawal seluruh kawasan .

“Perintah ini akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini hingga 9 April depan.” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tujuan PKPD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar dari kawasan tersebut.

Mesyuarat Krisis yang diadakan pada malam khamis membabitkan Menteri Kesihatan, Menteri Pertahanan, MKN, KKM, PDRM, ATM dan Jabatan Perdana Menteri.

Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

Susulan pelaksanaan PKPD ini:

1) Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

2) Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

3) Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

4) Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

5) Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

6) Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

7) Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

8) Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

9) Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

3 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago