Now Reading
Diva AA Buat Permohonan Maaf Terbuka Kepada Petugas Hospital Putrajaya

Diva AA Buat Permohonan Maaf Terbuka Kepada Petugas Hospital Putrajaya

https://twitter.com/DivaAATersohor/status/1242806470330052608

Kecoh media sosial semalam apabila Hospital Putrajaya membuat laporan polis berhubung penularan dua video yang dilihat memperlehkan petugas barisan hadapan di Hospital Putrajaya.

Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’i Mohd Said dalam satu kenyataan pada rabu berkata isu berkenaan telah diperbesar-besarkan malah diselitkan dengan hamburan bahasa kesat terhadap petugas kesihatan yang menjalankan tugas.

Baca artikel : Hospital Putrajaya Buat Laporan Polis Terhadap Dayangku Intan dan Diva AA

Menerusi laporan itu pihak Hospital turut menamakan dua pemilik video berkenaan iaitu penyanyi terkenal Dayangku Intan dan pengacara, Diva AA

Terbaru Diva AA atau nama betulnya Azwan Ali membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan itu yang dianggap memperlekehkan tugas pasukan perubatan hospital tersebut

“Assalamualaikum, saya nak ambil kesempatan nak mohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dengan mulut saya, dah memang begitu kaedahnya. 

“Mohon maaf terbuka kepada pihak Hospital Putrajaya khasnya doktor dan pengurusannya kerana kandungan perutusan khas saya telah menjadi begitu panas dan mencetuskan  kontroversi hingga ada pihak tertekan diganggu emosi dan sebagainya, mohon maaf. 

“Sudah tentu saya kutip setiap hikmah yang berlaku daripada kejadian yang tidak disangka ini, buang yang keruh ambil yang jernih. 

“Kalau ada rezeki masak rendang cef Diva AA dan sedekahkan kepada pengurusan yang tersinggung dengan kata-kata saya, mohon maaf kita hidup ni tak lama,” ucapnya panjang lebar menerusi satu video yang kongsikan di Twitternya pada Rabu.

Menerusi satu video di Twitter, dia turut berharap agar permohonan maaf nya diterima malah berjanji tidak akan berbuat sedemikian lagi

“Saya percaya pengurusan Hospital Putrajaya bersikap terbuka dan menerima permohonan maaf saya.


“Kita ni kadang-kadang tak jaga mulut tak jaga bahasa, mungkin ada suka celuparnya mulut saya, tapi ada juga pihak tersinggung jadi kita hormat.

See Also

“Kalau betul bersalah minta maaf, atas dunia ini jangan bagi orang dendam! 

“Semoga maaf saya diterima Hospital Putrajaya,” ujarnya.

Malah, Diva AA akui percaya situasi genting menangani wabak COVID-19 sekarang menjadikan ramai individu yang sensitif.

“Kita jadi sebegitu sensitif dan saya faham kita buat bahagian kita.

“Semoga kes ini menjadi pengajaran supaya berhati-hati atas apa kenyataan yang kita buat. 

“Kita percaya kes ini boleh diselesaikan dan sekarang terpulang pada pihak Hospital Putrajaya pula,” tambahnya.

© 2020 BuzzKini. All Rights Reserved.