
‘Nak Siram Pokok Di Pejabat’ Antara Alasan Keluar Rumah
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Memasuki hari ke-9 Perintah Kawalan Pergerakan, nampak masih ada rakyat di negara kita yang masih berdegil dan seakan tidak ambil pusing mengenai betapa bahayanya wabak Covid-19 ini.
Memetik Laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata banyak alasan dikemukan orang ramai sewaktu melalui sekatan jalanraya yang dilakukan anggota keselaman negara.
Walaupun tiada yang melawan, namun jawapan yang berikan saat disoal adalah tidak munasanah seperti ingin ‘menyiram pokok di pejabat’, ‘menghantar kek’ dan ‘ingin membeli suratkhabar’

“Tiada laporan anggota IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya dimaki dan dicerca setakat ini, namun kami berdepan pelbagai alasan tidak munasabah termasuk mahu siram pokok di pejabat ketika tempoh PKP.

“Malah, ada yang tinggal di Shah Alam memaklumkan ingin beli barangan dapur ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara.
“Ia membuatkan kita terfikir sebilangan kecil masyarakat belum menyedari tahap bahaya wabak COVID-19,” katanya kepada portal berkenaan , pagi khamis.
Terdahulu YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang rabu mengumumkan kerajaan Malaysia telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April. mengumumkan kerajaan telah membuat keputusan