fbpx
Now Reading
Covid-19: Diva AA Didenda RM17,000 Hina Petugas Hospital Putrajaya

Covid-19: Diva AA Didenda RM17,000 Hina Petugas Hospital Putrajaya

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengacara sensasi, Azwan Ali, hari ini dijatuhkan hukuman denda RM17,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur , selepas mengaku bersalah membuat penghantaran yang menyakitkan hati orang lain secara umum berhubung COVID-19.

Dia yang lebih dikenali dengan nama Diva AA dituduh memuat naik video di Youtube menghina petugas Hospital Putrajaya dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Hakim Azura Alwi memerintahkan Azwan, 54, untuk menjalani hukuman penjara tambahan enam bulan jika gagal membayar denda itu.

Terdahulu, Azwan Ali yang hadir dengan berpakaian serba hitam,menerusi laman laman Youtube “DIVAAATERSOHOR” secara sedar membuat penghantaran dengan niat menyakitkan hati orang lain di Pejabat Timbalan Pengarah Hospital Putrajaya, pada 24 Mac lalu.

Kenyataan Rasmi oleh Hospital Putrajaya

Susulan dari itu pihak Hospital Putrajaya kemudiannya membuat laporan polis keatas Diva AA dan seorang lagi penyanyi terkenal Dayangku Intan yang sebelum ini difahamkan berdepan sedikit salah faham dengan petugas perubatan dari hospital terbabit.

Azwan Ali bagaimanapun kemudian bertindak memuat naik permohonan maaf menerusi akaun yang sama keesokan harinya dalam meredakan keadaan selepas dikecam hebat oleh masyarakat susulan tindakannya memuat naik video terbabit.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.