fbpx
Now Reading
Covid-19 : Tindakan Prem, Penyampai Radio Mix Belanja Petugas Frontliner Dapat Pujian Netizen

Covid-19 : Tindakan Prem, Penyampai Radio Mix Belanja Petugas Frontliner Dapat Pujian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/tv/B-MKv7BjDJr/?igshid=w8jk66zt66of

Di musim penularan Covid-19 yang sedang mengganas di negara kita, pasti pasukan frontliner lah yang dilihat paling bertungkus-lumus dalam memutuskan rantaian virus maut ini.

Baik dari pasukan perubatan yang bertungkus lumus di hospital, pasukan keselamatan yang terdiri dari anggota Polis, tentera, JPAM dan RELA turut berandingan menjalankan tanggungjawab mengawal pergerakan orang awam

Melihat pengorbanan pasukan keselamatan ini yang sentiasa berada di jalanan tidak kira panas atau hujan, penyampai Mix, Prem Shanker tampil memberikan sumbangan berbentuk makanan McDonald buat mereka.

Prem bersama Rod dan Aishah

Difahamkan Prem bertindak sedemikian selepas terkesan dengan satu topik di Mix Breakfast Show semalam yang bercerita mengenai tindakan mulia Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mencemar duli memasak dan menyediakan makanan bagi petugas-petugas di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Menerusi Instagram, penyampai yang selalu bergandingan dengan Rod dan Aishah Sinclair di segmen pagi radio Mix itu berkongsi video sewaktu dia mengedar makanan kepada pasukan polis yang sedang melakukan sekatan jalan.

Wahh tindakan yang murni dari Prem! Apa kata tonton video tersebut di bawah.

Dilihat ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan industri memuji usaha murni yang dilakukan oleh penyampai radio ini.

Buat anda yang kini sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan, mungkin anda tak perlu melakukan perkara yang sama seperti Prem. Namun satu perkara yang boleh anda lakukan adalah #dudukrumah atau #stayhome

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.