fbpx
Now Reading
Covid-19: Keadaan Di Dalam Dewan Maeps Yang Bakal Jadi Pusat Kuarantin dan Rawatan [Foto]

Covid-19: Keadaan Di Dalam Dewan Maeps Yang Bakal Jadi Pusat Kuarantin dan Rawatan [Foto]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

MAEPS yang merupakan Taman Agro terbesar di Asia difahamkan ketika ini sedang menjalani proses ubahsuai untuk dijadikan pusat kuarantin dan rawatan sementara bagi pesakit Covid-19.

Penyediaan pusat kuarantin dan rawatan ini yang dijangka siap pada Ahad, 30 Mac ini adalah sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam berdepan penularan gelombang ketiga.

Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 sementara ini difahamkan akan memuatkan 600 katil dengan tujuan utama untuk menempatkan pesakit-pesakit positif COVID-19 yang tidak bergejala dan bergejala ringan.

Perkara itu dikongsi KKM di dalam Facebook mereka yang turut memuatnaik beberapa gambar persediaan yang sedang dilakukan di sana

“Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba melawat MAEPS di Serdang, pagi tadi. MAEPS dalam persiapan akhir sebagai Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah.

“Ia menempatkan 600 katil iaitu 400 untuk pesakit lelaki dan 200 wanita.

“Pusat ini sebagai persediaan sekiranya berlaku gelombang ketiga. Ia akan menempatkan pesakit COVID-19 yang mempunyai gejala berisiko rendah.

“Manakala pesakit berisiko tinggi terutama mereka yang mempunyai sejarah penyakit kronik ditempatkan di hospital,” kata kementerian itu menerusi satu status di Facebook rasmi mereka.

Menerusi gambar yang turut dikongsi kan , Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Adham Bin Baba dilihat sedang meninjau sekitar dewan berkenaan sambl diberi penerangan oleh beberapa pegawai dipercayai pegawai KKM dan Majlis Keselamatan Negara.

Terdahulu KP Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian di Putrajaya berkata, Maeps sedang diubahsuai sebagai pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 walaupun menurutnya kapasiti hospital sedia ada ketika ini mencukupi untuk menempatkan pesakit dijangkiti virus pandemik berkenaan.

Ikuti semua gambar tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.