fbpx
Now Reading
7 Kampung Dengan 4,000 Penduduk Di Hulu Langat Dikenakan PKPD

7 Kampung Dengan 4,000 Penduduk Di Hulu Langat Dikenakan PKPD

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepasmelaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua penempatan di Simpang Renggam, Johor pada 26 mac tujuh kerajaan pada Ahad, 29 Mac telah melaksanakan perkara sama di tujuh buah kampung di Hulu Langat, Selangor berkuat kuasa Ahad malam sehingga 13 April.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, arahan itu membabitkan kejiranan di kawasan Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

Tindakan ini diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mengesahkan terdapat 71 kes positif jangkitan Covid-19 membabitkan 274 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23, Sungai Lui.

Mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah itu, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan PKPD di kawasan Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui.

Askar dan polis yang sedang menjalankan sekatan Foto : Harian Metro

“Ia membabitkan tujuh kampung iaitu dua perkampungan Orang Asli dan lima perkampungan Melayu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, tujuan pelaksanaan PKPD itu adalah bagi membendung jangkitan wabak terbabit daripada menular keluar dari kawasan berkenaan.

“Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari rumah ke rumah dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

“Dengan pelaksanaan perintah ini, semua penduduk dan pelawat yang berada di kawasan itu tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh perintah dikuatkuasakan.

“Selain itu, penduduk dan pelawat yang tidak menetap di situ tidak dibenarkan masuk ke kawasan berkenaan,” katanya.

Sama seperti di Simpang Renggam dimana semua aktiviti perniagaan turut dihentikan, beliau turut berjanji Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membekalkan bekalan asas yang mencukupi untuk tempoh PKPD berlangsung

“Pengkalan Perubatan akan dibuka dan semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

“Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia akan mengawal seluruh kawasan,” katanya.

Semua penduduk diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya dengan petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Beliau berkata, semua penduduk diminta bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya dengan petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Tambah Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan itu penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 03-89254809 atau 03-89114200.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.