fbpx
Now Reading
Ini Cara Memohon Pemberian Secara ‘One-Off’ Prihatin (BPN) Bagi B40 dan M40

Ini Cara Memohon Pemberian Secara ‘One-Off’ Prihatin (BPN) Bagi B40 dan M40

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Susulan dari penularan wabak Covid-19 yang telah menjejaskan ekonomi banyak rakyat Malaysia, YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada jumaat lalu telah mengumumkan yang kerajaan akan memberikan beberapa bantuan menerusi Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) diantaranya Bantuan Prihatin Nasional (BPN), bantuan secara secara one-off yang akan diberikan kepada golongan B40 dan M40.

Pengumuman tersebut nyata membuatkan ramai rakyat Malaysia menarik nafas lega memangkan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka untuk terus ‘bernafas’ untuk beberapa ketika.

Cuma yang menjadi persoalan orang ramai adalah bagaimanakah wang tersebut akan diagihkan, cara menyemak status dan rayuan sekiranya tidak terpilih ?

Terbaru, Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) pada Ahad pagi telah berkongsi beberapa info berkaitan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi menjawab semua soalan yang bersarang di kepala kebanyakan orang.

Menerusi dokumen dan infografik yang dikongsikan mereka, pembayaran BPN akan dilakukan sebanyak dua kali iaitu akhir bulan April dan pada bulan Mei 2020 dengan amaunnya bergantung kepada kelayakan :

Amaun diterima mengikut kelayakan:

Permohonan automatik

Secara ringkasnya , permohonan adalah automatik buat semua penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan mereka yang sudah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)

Namun buat mereka yang belum mendaftar atau tidak dikategorikan sebagai permohonan automatik, mereka boleh melakukan pendaftaran di laman LHDN bermula pada 1 April 2020.

Sekadar makluman, segala bentuk permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja.

Cara membuat semakan :

Pangkalan data BPN adalah berdasarkan :

  1. Untuk B40 , senarai penerima BSH yang diluluskan, dan
  2. Untuk M40, senarai pembayar cukai pendapatan yang memenuhi kriteria pendapatan BPN yang ditetapkan ( isi rumah dari 4,000- RM 8,000)

Bagi anda yang ingin membuat semakan bolehlah ke pautan di bawah :

  1. Laman Rasmi Bantuan Sara Hidup (BSH)
  2. Laman Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  3. Kementerian Kewangan (MOF)

Kaedah pembayaran:

Kaedah bayaran bagi Bantuan Prihatin Nasional B40 adalah seperti berikut:

Pembayaran sekiranya:

  1. Ada maklumat akaun – bayaran adalah secara kredit ke akaun; atau
  2. Jika status bayaran adalah gagal kredit – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional
  3. Tiada akaun – bayaran adalah secara tunai di Bank Simpanan Nasional (BSN)

Kaedah bayaran Bantuan Prihatin Nasional M40 adalah seperti berikut:

  1. Bayaran akan dibuat melalui akaun bank yang dinyatakan di dalam Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) terkini yang telah dikemukakan.
  2. Bayaran akan dikreditkan ke akaun bank ketua isi rumah.
  3. Jika taksiran bersama telah dipilih semasa mengemukakan BNCP, bayaran akan dikreditkan ke akaun bank atas nama pembayar cukai yang ditaksir.

Di bawah kami sertakan sekali kenyatan rasmi yang dikeluarkan MOF berserta soalan lazim (FAQ) sebagai rujukan anda :

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon dibawah:
03-8882 9089 / 03-8882 9087 / 1-800 882 747 / 03-8911 1000

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.