fbpx
Now Reading
Black dan Shuib Turut Buat Permohonan Maaf

Black dan Shuib Turut Buat Permohonan Maaf

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-XIviGFCgz/https://www.instagram.com/p/B-W4-vFncoR/

Selepas beberapa hari ‘berperang’ dengan netizen, penyanyi Black dan pelawak Shuib Sepahtu akhirnya turut membuat permohonan maaf mengikuti seorang lagi rakan selebriti Tomok.

Mengakui kesilapan mengeluarkan kenyataan berkaitan permohonan sumbangan untuk penggiat seni Black menerusi Instagram memuat naik video permohonan maaf berharap agar netizen berhenti mengecam dirinya dan keluarga.

“Baru-baru ini, saya ada keluarkan kenyataan yang membuatkan ramai orang rasa tak selesa dan marah. Niat saya nak membantu, tapi mungkin cara penyampaian saya salah.

“Saya ingin memohon maaf secara terbuka atas kesilapan saya. Saya juga manusia biasa. Saya harap netizen dapat berhenti menulis komen yang tidak baik ke atas diri saya dan keluarga,” katanya.

Black turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin baru-baru ini.

“Terima kasih juga kepada Perdana Menteri yang memberikan hak sama rata kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu pelawak Shuib turut mengakui kesilapannya dan memohon maaf bagi meredakan keadaan

“Saya terima apa juga kata-kata anda. Satu yang pasti, saya selalu kenang jasa anda semua yang menyokong saya,” tulisnya.

Dia yang juga penyampai radio turut memohon agar semua orang berdoa berharap Malaysia bebas daripada jangkitan wabak Covid-19 dengan kadar segera

“Sama-sama kita berdoa agar negara kita lekas bebas daripada Covid-19 dan semoga kita sentiasa dilindungi, diberkati dan dipermudahkan segala urusan dunia serta akhirat.

“Sama-sama kita bantu mana yang memerlukan dan semoga kita terus tabah dalam ujian ini. Mohon maaf sekali lagi,” tulisya menutup kapsyen

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.