fbpx
Now Reading
Ketika Dunia Sedang Bergelut Dengan Covid-19, Pasar Haiwan Eksotik di China Kini Dibuka?

Ketika Dunia Sedang Bergelut Dengan Covid-19, Pasar Haiwan Eksotik di China Kini Dibuka?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru sahaja reda selepas 3 bulan berperang dengan virus maut Covid-19, terbaru pasar-pasar daging di sekitar bandar Guilin dan Dongguan, China dilaporkan sudah kembali beroperasi.

Yang dimaksudkan dengan penjualan daging adalah dari kategori haiwan eksotik seperti kelawar, kala jengking dan pelbagai lagi haiwan yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional.

Penemuan yang dilaporkan Daily Star itu benar-benar mengejutkan masyarakat dunia yang ketika ini sedang ‘berperang’ dengan virus maut yang dikatakan berpunca dari haiwan-haiwan eksotik berkenaan.

Malah pembukaan semula kesemua kedai-kedai begini seolah satu cara mereka dalam meraikan kemenangan menewaskan virus tersebut selepas hampir 3 bulan diarahkan untuk memberhentikan operasi.

Bandar Wuhan yang sebelum ini lengang juga kini kembali hidup selepeas beberapa bulan mendapat arahan ‘lockdown’

Yang lebih mengejutkan , penjual perubatan tradisional turut dilaporkan sudah mula mengadakan promosi penjualan kelawar secara besar-besaran.

“Pasar ini kembali beroperasi sama macam mereka buat sebelum koronavirus,” lapor wartawan tersebut yang bagaimanapun dihalang untuk merakamkan gambar oleh pengawal keselamatan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.