fbpx
Now Reading
Raja Thai Jalani Kuarantin Di Jerman Bersama Petugas Istana Dan 20 Gundik

Raja Thai Jalani Kuarantin Di Jerman Bersama Petugas Istana Dan 20 Gundik

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat negara jiran Thailand sedang berperang dengan Covid-19 sama seperti di negara kita, muncul berita dari portal-portal antarabangsa yang menyatakan media dan segelintir rakyat yang meluahkan rasa kurang senang kerana Raja mereka,  King Rama X berada jauh di Jerman.

Difahamkan King Rama X, Maha Vajiralongkorn sedang menjalani kuarantin di Grand Hotel Sonnenbichl di Bavaria, Jerman ditemani petugas-petugas istana beliau serta 20 gundik.

Ini menyebabkan ada dikalangan rakyat yang meluahkan rasa tidak puas hati seolah King Rama X tidak mengambil tahu situasi yang sedang melanda negara berkenaan.

Sebelum ini nama Raja Thailand menjadi trending di media sosial selepas rakyat negara itu mempersoalan keberadaannya sedangkan negara gajah putih itu sedang bergelut dengan wabak maut tersebut.

Tindakan mereka itu sebenarnya berisiko dan boleh membahayakan diri mereka kerana undang-udang Thailand akan menghukum mana-mana individu yang lantang mengkiriti Raja dan boleh di kenakan hukuman penjara selama 15 tahun atas kesalahan menghina sistem monarki dan undang-undang.

Hotel yang dikatakan tempat King Rama menjalankan kuarantin di Jerman Foto : Metro UK

Memetik Metro UK, King Rama X memilih untuk mengkuarantinkan dirinya di Jerman terlebih dahulu memandangkan kes di Thailand yang sudah meningakt melebihi 1000 kes.

Beliau turut diberikan kebenaran untuk menempah keseluruhan hotel tersebut yang terletak di kawasan resort ski Garmisch-Partenkrichen memandangkan beliau turut diiringi oleh sejumlah besar pengiring istana

King Rama X dipercayai memiliki aset sebuah rumah agam mewah berhampiran Lake Starnberg kerap menghabis kan masa di sana. Dia yang merupakan bekas graduan di UK menaiki takhta menggantikan ayahnya yang mangkat pada tahun 2015.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.