fbpx
Now Reading
“Dia Sah-Sah Anak Orang Kaya” – Bekas Peminat Vivy Yusof Kongsi Nasihat Untuk B40 dan M40

“Dia Sah-Sah Anak Orang Kaya” – Bekas Peminat Vivy Yusof Kongsi Nasihat Untuk B40 dan M40

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-cKwNZgiQG/https://www.facebook.com/jasmina.mokhtar/posts/10158452251414602

Nama ikon fesyen Vivy Yusoff begitu hangat diperkatakan beberapa hari ini. Semuanya gara-gara komen yang dimuatnaiknya sewaktu membalas keluhan rakan usahawan, yang dikenali sebagai Aleeya Zailan mengenai pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan kerajaan.

Susulan dari itu, Vivy dikecam teruk oleh netizen sehingga ada netizen yang membangkitkan isu-isu lain antaranya harga ‘mengarut’ stapler yang di keluarkan syarikatnya, prestasi syarikat sehingga ada yang membuat petisyen meminta dia berundur dari memegang jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Namun bagi meredakan keadaan, Vivy kemudiannya membuat permohonan maaf menerusi Instagram miliknya dan dalam masa sama menjelaskan bahawa dia sebenarnya tiada niat memperlekehkan nasib B40 tetapi hanya hanya ingin memperjuangkan nasib peniaga-peniaga SME yang lain.

Namun disaat semua menghentam teruk usahawan ini, seorang pengguna Facebook, Jasmina Mokhtar mengambil pendekatan berbeza.

Mengakui pernah meminati Vivy

Memetik Says, Jasmina dilihat memilih untuk ‘menyekolahkan’ golongan B40 dan M40 terutamanya wanita melayu yang ssebelum ini menjadi ‘die hard fans’ kepada jenama milik Vivy.

Mengakui yang dia sendiri adalah peminat Vivy satu masa dahulu, Jasmina bagaimanapun meluahkan rasa kecewa dengan segelintir masyarakat melayu yang umpana ‘ tidak mengukur baju di badan sendiri’ membeli sesuatu benda tanpa mengikut kemampuan sendiri

Kecewa tudung berharga RM 600-800

“Saya kecewa bila dia mula menjual tudung berharga RM600-RM800.Lagi kecewa apabila melihat mereka yang berada dalam golongan M40 dan B40 membeli produk-produk ini.

“Kemudian dia memperkenalkan stapler dUCk dengan harga RM75 dan kumpulan orang yang sama membelinya. Secara mudahnya orang Melayu,” luahnya.

Belilah ikut kemampuan

“Pesanan saya kepada orang Melayu terutama M40 dan B40, belajarlah dari masyarakat Cina. Beli ikut kemampuan, pentingkan pendidikan dan ajar anak-anak untuk survive. Bukan acah-acah berangan nak jadi Vivy.

“Dia sah-sah anak orang kaya. Dari zaman belajar travel business class dan sempat singgah kedai Dior nak beli beg tangan sampai airlines kena panggil,”tulisnya lagi.

Tambah wanita ini lagi, ayahnya yang juga seorang CEO sebuah syarikat kerap menasihatkan anak-anaknya untuk menyokong peniaga-peniaga kecil.

“Ayah saya dulu selalu menggalakkan saya untuk membeli daripada peniaga kecil dan mengingatkan saya agar tidak meminta diskaun jika harga berpatutan.

“Dan jika saya mahu sesuatu barangan berjenama, ayah akan selalu mendapatkan nasihat daripada ibu dan biasanya jawapan adalah tidak,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.