fbpx
Now Reading
Shafeeqa, Isteri Atu Zero Cari Sukarelawan Jahit PPE Untuk Frontliner

Shafeeqa, Isteri Atu Zero Cari Sukarelawan Jahit PPE Untuk Frontliner

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.instagram.com/p/B-b382AjWqF/https://www.instagram.com/p/B-WsEjsj1pq/

Shafeqaa Johari, isteri kepada pelawak Atu Zero, sebelum ini menjadi perhatian ramai apabila melakukan kerja amal dengan menjahit sendiri baju pelindung (PPE) dan bertindak menyalurkannya kepada Hospita-hospital yang sedang merawat pesakit Covid-19

Usahanya membantu meringankan petugas -petugas kesihatan itu mendapat pujian oleh orang ramai dikala timbulnya berita yang petugas-petugas ini terpaksa bertindak kreatif dalam menyediakan PPE sendiri sehingga ada yang terpaksa menggunakan plastik sampah disebabkan kekurangan bekalan pakaian berkenaan.

Petugas kesihatan menggunakan plastik sampai sebagai alternatif PPE

Terbaru, difahamkan Shafeeqa sedang mencari pembantu atau tukang jahit yang sudi menjalankan aktiviti sukarela dalam membantunya menyiapkan lebih banyak PPE dengan kadar segera.

Menerusi Instagram, Shafeeqa turut mencari pihak kilang yang sudi beganding bahu dengannya dalam menyediakan PPE tersebut yang difahamkan akan disalurkan kepada Hospital UiTM Sungai Buloh.

“Okey, ini untuk Hospital UiTM Sg. Buloh. Jangan tanya saya mana mereka dapat stok..

“Kami memerlukan tenaga jahit yang banyak dan boleh dapat dengan kadar segera.

“Siapa ada kilang produce baju PPE, bukan nak buat baju raya ya… Boleh whatsapp saya.

“Memang kilang tak boleh buka waktu ini tapi kami cuba untuk dapatkan pelepasan.

“Kalau nak jahit di rumah limited space… kami perlukan dalam kuantiti yang banyak. Tolong kami… untuk frontliner negara…” tulisnya di ruangan kapsyen

Setakat ini Shafeeqa turut dibantu oleh beberapa individu yang sudi menghulurkan bantuan. Malah difahaman kerja amal tersebut turut disertai pensyarah-pensyarah dari Jabatan Fesyen dari  Fakulti Seni Lukis Seni Reka UiTM Shah Alam .

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Hospital UITM, akan mula membuka makmalnya untuk menerima sampel Covid-19 dari Hospital Sungai Buloh (HSB) bermula pada 30 Mac

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.