fbpx
Now Reading
Covid-19: Tiga Kematian dan 217 Kes Baru

Covid-19: Tiga Kematian dan 217 Kes Baru

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) hari ini, jumaat melaporkan tiga lagi kematian Covid-19

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media harian berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini sebanyak 53 kes.

Mengenai bilangan kes baharu, beliau berkata, sebanyak 217 kes dilaporkan hari ini, mencatatkan jumlah keseluruhan kepada 3,333 kes keseluruhan .

Daripaada keseluruhan jumlah tersebut seramai 108 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk 54 menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Hari ini, bilangan pesakit yang discaj 60 orang, ini menjadikan 827 pesakit atau 24.81 peratus telah sembuh dan discaj hospital,” katanya.

Berikut laporan terperinci kematian akibat Covid-19 dalam negara hari ini;

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.