fbpx
Now Reading
Dalam Diam Buat Kerja, Bantu Penggiat Seni Dan Orang Ramai, Johan Dan Ozlynn Di Puji Netizen

Dalam Diam Buat Kerja, Bantu Penggiat Seni Dan Orang Ramai, Johan Dan Ozlynn Di Puji Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.facebook.com/100000626606252/posts/3141934855837370/?d=n

Lama tak dengar pasal pasangan selebriti Johan dan Ozlyn, yang boleh dikategorikan antara pasangan paling kool dan kerap melakukan kerja amal dalam diam.

Terbaru seorang netizen, Danker Jer berkongsi mengenai sikap Johan yang kerap menderma hingga diberikan rezeki yang murah.

“Bagusnya Johan ni, padan la rezeki dia melimpah ruah” tulis Danker di Facebooknya.

Bersama status tersebut Danker turut memuat naik beberapa ‘screenshot’ status beberapa orang rakan industi yang turut memuji pasangan Johan dan Ozlyn antaranya pelakon senior, Mohd Nor Bond dan penyanyi, Keena Mentor

Menerusi gambar screenshot tersebut, Mohd Nor memuji sikap pasangan itu yang terlibat sebagai sukarelawan dalam misi bantuan yang dilakukan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima) mengagihkan bantuan makanan kepada penggiat seni.

Tidak berhenti setakat disitu sahaja, Johan dikhabarkan turut memberi wang sumbangan sebanyak RM300 kepada setiap seorang sukarelawan yang sama-sama turun padang.

Selain itu tambahnya lagi, Johan adalah individu yang sentiasa bersedekah juadah makanan tengah hari pada hari Jumaat di Masjid Bukit Antarabangsa.

Menerusi gambar yang dikongsikan Danker, Keena Mentor turut bercerita mengenai perkara yang sama. Tambahnya Johan bukan sahaja menghulurkan angpau kepada pasukan sukarelawan malah turut menghulur kepada artis lain

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.