
Duit Hilang Dari Akaun CIMB, Netizen Persoal Keselamatan Akaun Mereka
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Rasanya umum mengetahui CIMB sebelum ini pernah mengalami beberapa masalah teknikal berkaitan akaun pengguna mereka.
Antara masalah yang pernah dihadapi adalah isu duit yang hilang dari dalam akaun serta isu sekuriti membabitkan portal cimbclicks dimana ada pengguna mendakwa mereka berjaya login masuk ke dalam akaun mereka walau dengan password yang salah.
Namun semua ini berjaya ditangani oleh bank kedua terbesar di Malaysia itu beberapa hari kemudiannya.
Terbaru, bank itu sekali lagi menjadi sasaran kemarahan orang ramai apabila pengguna melaporkan terdapat beberapa transaksi yang tidak diketahui berlaku di dalam akaun mereka semenjak bebeberapa hari lalu.
Hello everyone pls check your CIMB clicks balance for transactions like this I think this is a scam! @CIMBMalaysia @CIMB_Assists pic.twitter.com/1dOO5SQhHp
— Datin Sri Coronyah (@mabitxch) April 3, 2020
Difahamkan pengeluaran transaksi itu tidak disertakan sebarang maklumat melainkan hanya dengan catatan ‘direct debit’
Ini membuatkan orang ramai tertanya-tanya dan mula menjadi berang selepas gagal menghubungi pusat panggilan cimb bagi mengajukan pertanyaan. Mereka kemudiannya memilih untuk membuat pertanyaan menerusi media sosial.
Owh wow! Akaun bank CIMB dah tak selamat gais. Baik aku tutup banking online ni. Scammer/Hacker terus buat Direct Debit tanpa pengetahuan kita.
— Kah!! Hau!! (@Kah11Hau11) April 3, 2020
Maybank belum begini lg. https://t.co/aMyQB3RwjM
Pihak CIMB menerusi Twitter kemudiannya tampil menjawab aduan dan pertanyaan tersebut.
Menurut mereka transaksi tersebut adalah sah manakala penggunaan ayat ‘direct debit’ itu merujuk kepada transaksi kad debit di luar negara atau langganan/ pembelian dalam talian seperti di Spotify atau Netflix.

Walaupuan jawapan itu dilihat sudah cukup meyakinkan, namun masih ada yang tidak berpuas hati kerana ada diantara mereka mendakwa mereka juga ‘terkena’ walaupun tidak melanggan apa-apa servis

Bagaimana pula dengan anda? Ada mempunyai masalah yang sama?
Jika masih khuatir mungkin anda boleh cuba menghubungi pusat panggilan mereka di 03-62047788 dari 8 pagi-7 malam.