fbpx
Now Reading
Pelakon Bollywood, Arjun Rampal Puji Video Lawak Zulin Aziz, Minta Netizen Translate Kan Dialog

Pelakon Bollywood, Arjun Rampal Puji Video Lawak Zulin Aziz, Minta Netizen Translate Kan Dialog

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebelakangan ini, Zulin kerap menyajikan peminat dan netizen dengan video lawak . Yang menariknya ‘timing’ dia mengeluarkan video berkenaan dilihat bersesuaian dengan keadaan orang ramai yang terpaksa ‘bertapa’ dirumah susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan dalam memutuskan rantaian wabak Covid-19.

Antara video yang paling menarik perhatian netizen adalah video lucu dia berbahasa korea sewaktu diganggu ‘teman lelakinya’ dan video lucu yang disunting dari filem lakonan pelakon Bollywood terkenal, Shah Rukh Khan.

Terbaru, video lawak Zulin mendapat perhatian satu lagi pelakon terkenal Bollywood, Arjun Rampal. Yang menariknya aktor itu meminta netizen dari negara kita untuk menterjermahkan dialog Zulin didalam video tersebut.

Menerusi Twitter Arjun berkata video itu kelihatan seperti melucukan walaupun dia tidak memahami isi kandungannya.


 
“Can you translate. It seems funny, lol stay safe (Boleh ke anda terjemahkannya, ia kelihatan lucu, jaga diri),” tulis Arjun menerusi satu entri di Twitter.

Video yang dimaksudkan adalah video suntingan dari filem lakonan Arjun yang baru dimuat naik Zulin beberapa hari lalu,


“Perkenalkan.. inilah suami saya. Dia seorang polis yang berjuang untuk negara sewaktu Covid-19 ni. Jangan sampai suami saya tangkap kamu orang! #stayathome,” tulisnya di Twitter.

Tengok video lain Zulin yang menarik perhatian di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.