fbpx
Now Reading
Isu Transaksi Direct Debit, CIMB Beri Jaminan Ianya Sah

Isu Transaksi Direct Debit, CIMB Beri Jaminan Ianya Sah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada malam tadi kami ada melaporkan insiden membabitkan sesetengah pengguna CIMB yang mendakwa kehilangan wang pada akaun mereka

Ini susulan berlakunya beberapa transaksi tidak diketahui yang dilaporkan berlaku sejak 3 hari lalu .

Di bawah kami kongsikan penjelasan rasmi dari pihak CIMB yang diberikan kepada kami sebentar tadi :

Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan-pelanggan yang terbabit bahawa transaksi-transaksi ‘direct debit’ baru-baru ini merupakan transaksi kad debit sah yang telah dibuat oleh pelanggan. Insiden-insiden terpencil ini adalah berkenaan dengan transaksi-transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan-pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan / perkhidmatan penstriman dalam talian.

Walau bagaimanapun, transaksi-transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai ‘direct debits’, menyebabkan kekeliruan kepada pelanggan-pelanggan kami.

Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan dan kami akan menghubungi pelanggan-pelanggan yang terbabit secara langsung.

Diharap penjelasan ini dapat memberi sedikit maklumat kepada anda. Namun bagi anda yang inginkan info lebih lanjut, sila hubungi pusat panggilan CIMB di 03-62047788 dari 8 pagi-7 malam.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.