
Covid-19 : Tidak Kuarantin Diri Selepas Pulang Dari Itali, Akhirnya Jangkiti 37 Orang Dan Sebabkan 5 Kematian
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Akibat tidak melakukan kuarantin diri, satu kluster ‘import’ telah menyebabkan 37 kes positif dengan 5 kematian dan satu kes kritikal yang sedang menjalani rawatan di ICU
Itu kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media harian pada hari Ahad.
Susulan dari itu Noor Hisham mengingatkan orang ramai agar berlaku jujur dalam memberi maklumat saat ditanya oleh petugas kesihatan terutamanya jika orang ramai mempunyai kontak rapat kes positif Covid-19 atau mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.
“Setakat ini, daripada kluster tersebut 37 orang telah disahkan positif Covid-19, terdapat lima kes kematian serta satu kes kritikal yang memerlukan bantuan pernafasan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Kluster ini telah melibatkan jangkitan sehingga generasi ke-3,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Noor Hisham, lima daripada kluster tersebut yang telah meninggal dunia merupakan kes ke-1031, 1032, 1006, 2850 dan kes ke-2210.
Ringkasan Cerita dari pihak keluarga
Hasil maklumat yang kami temui semua ini bermula apabila seorang pesakit yang baru pulang dari Itali kemudiannya melakukan ujian kesihatan di sebuah klinik swasta menggunakan Rapid Test Kit (Pemeriksaan Antibodi Badan) dan disahkan negatif.
Dia kemudiannya dibenarkan pulang namun tidak melakukan kuarantin diri sebaliknya bertindak masuk ke pejabat untuk bekerja beberapa hari kemudiannya.
Disebabkan tindakannya, seorang warga emas dan 4 lagi keluarganya telah disahkan meninggal dunia akibat dijangkiti pesakit tersebut.
Sharifah Azira, cucu kepada warga emas yang terbabit (kes 1031) turut berkongsi perkara tersebut di laman twitter miliknya
Kes 1031 is my grandmother. Because of this person irresponsibility, my family members are positive covid-19. Some are in the icu. Also my aunt and my uncle passed away. So please dont hide any information or disobey the authorities. https://t.co/lu9ScAggo5
— Sharifah Aziraa (@_miloooais) April 5, 2020
Menurut Azira, meskipun beberapa orang ahli keluarganya sudah meninggal dunia dan satu sedang ditahan di dalam ICU, tiada seorang pun dari mereka yang berkunjung ke Italy sebelum ini.
Sebaliknya individu yang dimaksudkan iaitu pesakit kes 1580 adalah rakan sekerja ibu saudaranya.

Dia turut berkonsi pautan dari facebook yang padanya adalah kronologi sebenar yang menyebabkan wujudnya kluster baru di Sarawak yang telah dikongsikan oleh
seorang pemuda, Khairul Ahmad Fitri Suhaimi,
Malah cerita ini turut diakui kebenarnya oleh salah seorang ahli keluarganya yang turut positif Covid-19, Aida Nabila
Ini sekaligus menafikan dakwaan bahawa ahli keluarganya adalah pesakit 1580, individu yang menjadi punca merebaknya virus tersebut di Kuching.
Ikuti perkongsian Khairul di bawah :
Kluster Baru (Kluster Itali) yg dilaporkan KKM jam 5 petang tadi. Aku ada dapat info dari kenalan di Sarawak berkenaan dengan kes ni.
Kes ni tiba² ja mencanak dalam kalangan ahli keluarga, kalau ikut pada laporan hampir 37 kes positif covid-19 (5 kematian) yg berkait dengan kes ni.
Kisah bermula bila seorang warga emas (nenek) sakit. Disyaki berkait dengan jangkitan di paru-paru dan sudah dibuat ujian covid.
18hb Mac
Nenek ni meninggal. Keputusan covid belum keluar time ni dan disebabkan tiada rekod atau kontak rapat, pengebumian nenek dibuat seperti biasa. (hanya keluarga terdekat)
2 orang dalam ahli keluarga tunjuk simptom dan dirujuk ke hospital
20hb Mac
Dua orang dari ahli keluarga yg tunjuk simptom tu disahkan positif covid.
Juga hari yg sama juga baru keputusan ujian nenek ni keluar. Dukacita, nenek pun positif.
Siasatan dibuat rupanya kes jangkitan dalam kalangan ahli keluarga ni bermula dari salah seorang daripada anak nenek ni.
Dan malangnya anak ni pula dapat jangkitan dari rakan sekerja yg positif covid19, rakan ni ada rekod perjalanan ke Itali.
Yangg jadi masalah rakan sekerja ni tak buat kuarantin lepas balik Itali. Terus bekerja macam biasa dan berjangkit dengan rakan-rakan sekerja yg lain.
Sebab tu tadi KKM ada sebut jangkitan kluster ni hingga generasi ke 3.
Generasi 1 = Rakan sekerja yg baru balik Itali
Generasi 2 = Anak (rakan sekerja lain)+Nenek
Generasi 3 = Ahli Keluarga terdekat
Dan tadi KKM juga ada tekankan pentingnya untuk orang awam JUJUR dalam memberikan maklumat sejarah, pertalian dan perjalanan jika ada kaitan dengan mangsa positif covid.
*info tambahan – katanya rakan sekerja yg baru pulang dari Itali ada buat ujian di klinik swasta menggunakan Rapit Test Kit (pemeriksaan antibodi badan) – keputusan negatif.
*info tambahan – minggu lepas KP Kesihatan ada tekankan yg KKM tidak menyarankan penggunaan Rapit Test Kit sebab tahap ketepatannya rendah.
