
Keluarga ‘Tiktok’ Kini Sembuh Dari Covid-19
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Keluarga kepada Dr Samsu Ambia Ismail, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Teluk Intan, Perak, yang sebelum ini positif COVID-19 difahamkan telah disahkan sembuh.
Berita gembira itu dikongsikan oleh anak sulungnya, Erika Syamim Samsu Ambia, 17, di laman Twitter malam Isnin.
“Finally Covid free!” tweetnya sambil disertakan sekeping gambar memperlihatkan mereka sekeluarga sedang tersenyum sambil berpakaian biasa di hospital.
finally covid free!! pic.twitter.com/JoJUWZKmX4
— Erika (@errikaaaaaaaa) April 5, 2020
Perkongsian dari Erika mendapat perhatian dari netizen dengan rata-rata mereka dilihat gembira dan turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada dia sekeluarga yang sebelum ini terkenal selepas tular video mereka bermain tiktok sewaktu sedang menjalani rawatan di hospital
Malah sebelum tweet tersebut Erika juga ada berkongsi satu video tiktok dimana mereka sekeluarga dilihat bertukar dari menggunakan baju hospital kepada baju biasa.
“Okay so kitorang sekeluarga dah discharged! Thank you so much for all the kind prayers. Here’s probably our last TikTok together dekat hospital,” tulisnya ringkas
Okay so kitorg sekeluarga dah discharge!!! Thank you so mucchhh for all the kind prayers ♥️♥️ heres probably our last tiktok together dkt hospital pic.twitter.com/cKotRh7wKq
— Erika (@errikaaaaaaaa) April 5, 2020
Memetik Bernama, mereka sekeluarga yang disahkan pulih selepas menjalani 3 ujian bagaimanapun perlu menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah.
“Kami perlu mematuhi kuarantin yang ketat. Pihak berkuasa akan menghantar makanan dan bahan asas kepada kami
Menurut Erika lagi, mereka sekeluarga ketika ini sedang membersih dan menyahkuman seluruh rumah.
“Sekarang kami luangkan masa as a healthy family (sebagai keluarga yang sihat) di rumah. And we also helping out there who are asking us about this disease (Kami juga membantu mereka yang bertanya di luar sana mengenai penyakit ini),” jelasnya.