fbpx
Now Reading
Rakyat UK Bakar Menara 5G, Dakwa Punca Covid-19

Rakyat UK Bakar Menara 5G, Dakwa Punca Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat satu dunia sedang menghadapi ancaman wabak Covid-19 yang sudah mengorbankan lebih dari 70,000 nyawa , muncul beberapa teori konspirasi yang menyatakan virus ini adalah senjata biologi ciptaan manusia.

Terbaru di United Kingdom (UK) ada teori yang mengatakan virus maut tersebut disebarkan melalui pencawang telekomunikasi jenis 5G yang terdapat disana.

Hasilnya, beberapa menara telekomunikasi jenis 5G telah dibakar oleh penduduk yang khuatirkan keselamatan mereka.

Antara kejadian yang dilaporkan berlaku adalah di Birmingham, dimana tiga menara rosak selepas di bakar oleh penduduk tempatan sehingga menyebabkan liputan selular di kawasan tersebut terjejas teruk.

Difahamkan semua ini bermula apabila netizen dan para selebriti di Britain mula berkongsi pautan video yang memperlihatkan kononnya rakyat China sedang merobohkan menara-menara telekomunikasi disana dengan dakwaaan ia punca Covid-19 merebak.

Video ini kemudian menjadi tular dengan begitu cepat sekali di media sosial

Namun video tersebut sebenarnya adalah klip rakaman rakyat Hong Kong yang merobohkan Menara CCTV bagi mengelakkan mereka dipantau oleh kerajaan China yang berlaku ketika tunjuk perasaan tahun lalu.

Selain dari insiden membakar menara tersebut, terjadi juga beberapa insiden lain yang kurang enak antaranya pekerja telekomunikasi yang di ganggung ketika sedang bekerja di lapangan dan banyak lagi.

CEO Vodafone, Nick Jeffery antara orang berpengaruh dalam bidang telekomunikasi yang meluahkan rasa kecewa dengan isu tersebut.

Menurutnya penularan video palsu itu tidak seharusnya berlaku di sosial media kerana dikhuatiri mampu membahayakan nyawa jurutera dan pekerja telekomunikasi di lapangan.

Anda sendiri boleh lihat bukan betapa bahayanya ‘virus’ menyebarkan berita palsu atau berita yang anda sendiri tidak pasti kesahihannya ini ? Malah disaat getir seperti ini, orang yang digelar ‘maju ke hadapan’ juga boleh bertindak sedemikian rupa.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.