fbpx
Now Reading
“Terhad RM150 Sehari” – Ismail Sabri Jawab Dakwaan Sedia Pusat Kuarantin Mewah

“Terhad RM150 Sehari” – Ismail Sabri Jawab Dakwaan Sedia Pusat Kuarantin Mewah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecoh di media sosial mengenai gambar seorang wanita yang sedang menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari luar negara.

Namun yang menjadi persoalan orang ramai adalah pemilihan hotel mewah yang digunakannya dalam menjalani kuarantin selepas wanita tersebut mendakwa kerajaan menanggung sepenuhnya kos penginapannya termasuk makanan dan wifi.

Difahamkan punca netizen menjadi berang disebabkan wanita itu sebelum ini banyak membuat aduan dan kerap mempersoalkan pusat kuarantin yang disediakan kerajaan.

Terbaru Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi satu sidang media menjawab kontroversi tersebut dengan mengatakan pembiayaan kerajaan adalah serata untuk semua bilik iaitu dimana semuanya terhad kepada RM150 sehari termasuk makan dan minum.

45 Hotel Jadi Pusat Kuarantin

“Soal dobi dan sebagainya ditanggung individu dikuarantin namun ada juga permintaan daripada individu yang dikuarantin ingin memilih hotel sendiri.

“Jika ingin memilih hotel sendiri bertaraf empat atau lima bintang mereka perlu membayar dan tidak ditanggung kerajaan, misalnya kita dapat permohonan daripada pihak kedutaan luar kerana pegawai diplomat yang pulang ke negara ini tetap akan dikuarantin,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan PKP di Putrajaya hari ini.

Dari situ pihak kedutaan masing-masing akan membayar kos hotel sepanjang mereka dikuarantin.

“Selain itu penumpang pesawat yang pulang ke negara ini juga ada yang ingin memilih hotel sendiri dan sanggup membayar kos hotel.

“Bagaimanapun mereka hanya boleh memilih hotel ditetapkan oleh kerajaan yang mana jika mereka ingin hotel bertaraf empat ke lima bintang perlu memilih hotel diwartakan pusat kuarantin,” katanya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.