fbpx
Now Reading
“Haiwan Kesayangan Bukan Penyebar Virus” – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

“Haiwan Kesayangan Bukan Penyebar Virus” – Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Disaat wabak Covid-19 sedang mengganas di seluruh dunia, timbul tanda tanya dikalangan pencinta haiwan adakah virus itu mampu menjejaskan haiwan terutamanya haiwan peliharaan mereka dan sebaliknya.

Isu ini kembali menjadi topik hangat selepas seekor Harimau Malaya yang di tempatkan di Zoo Bronx, New York disahkan positif Covid-19 menyebabkan masyarakat kembali gusar.

Dalam masa sama beberapa media mencadangkan agar masyarakat menjauhi haiwan peliharaan mereka ditakuti boleh dijangkiti wabak tersebut.

Persoalan ini akhirnya terjawab selepas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) tampil menerusi satu kenyataan media memperjelaskan isu terbabit.

Kenyataan media oleh DVS yang dilaporkan Awani, mengingatkan orang ramai untuk tidak risau dan khuatir kerana haiwan kesayangan bukan penyebar virus covid-19.

Malah pemilik haiwan juga tidak perlu menjalan ujian pengesanan virus tersebut pada ‘si bulus’ mereka.

Menerusi kenyataan itu, DVS turut memberitahu hasil dari kajian saintifik, walaupun haiwan boleh dijangkit virus maut tersebut namun ianya tidak merbahaya kerana virus yang ada pada haiwan berada dalam jumlah yang rendah untuk dijangkiti manusia.

DVS dalam masa turut menasihatkan orang ramai yang mengesyaki mereka telah dijangkiti virus terbabit untuk mengasingkan diri dari haiwan peliharaan mereka.

Tambah mereka lagi disamping menjaga kebersihan diri orang ramai juga harus menjaga kebajikan haiwan peliharaan mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.