fbpx

“Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 28 April” – Tan Sri Muhyiddin Yassin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kerajaan mengambil keputusan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk 2 minggu lagi dari 15 April sehingga 28 April ini.

Keputusan ini diambil untuk memutuskan rantaian Covid-19 yang dilihat masih lagi serius di dalam negara.

Menurut Muhyiddin, walaupun pelaksanaan PKP disaat ini dilihat begitu membantu mengawal wabak Covid-19 ke tahap yang stabil namun kerajaan memilih untuk tidak mengambil mudah dengan situasi semasa yang sedang berlaku.

Pelanjutan tempoh ini dijangka dapat memberi ruang kepada petugas- petugas kesihatan memerangi penularan virus maut ini.

“Tindakan ini adalah selaras dengan pandangan WHO yang menyarankan negara- negara supaya tidak menamatkan perintah kawalan pergerakan terlalu awal.

“Sepertimana yang berlaku di beberapa buah negara, penularan wabak ini meningkat semula apabila perintah kawalan pergerakan ditamatkan

“Apa yang saya hendak sebutkan di sini ialah kita mesti bersedia untuk berhadapan dengan situasi ini bagi satu tempoh masa yang agak lebih lama. Ianya mungkin berlarutan untuk tempoh beberapa bulan, sebelum kita dapat betul-betul pastikan penularan wabak ini diatasi seratus peratus.

Menerusi perutusan khas itu juga, Muhyiddin turut mengambil kesempatan menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pasukan barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi wabak maut ini juga masyarakat malaysia secara amnya yang semakin patuh dengan pelaksanaan PKP

Saya nak zahirkan ucapan terima kasih kepada anda semua, anda adalah manusia yang hebat!

– PERDANA MENTERI, TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN

Terdahulu PKP yang seharusnya berakhir pada 31 Mac dilanjutkan kepada fasa 2 iaitu dari 1 April sehingga 14 April.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.