fbpx
Now Reading
‘Tak Mengapa Lamborghini Rosak, Asalkan Rezeki Dia Tak Terputus” – Tindakan Murni Lelaki Ini Dapat Pujian Netizen

‘Tak Mengapa Lamborghini Rosak, Asalkan Rezeki Dia Tak Terputus” – Tindakan Murni Lelaki Ini Dapat Pujian Netizen

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika sebelum ini ada kajian yang mengatakan bahawa terdapat kebanyakan pemandu kereta mewah adalah ‘tidak berakal’, nampaknya tindakan pemuda ini benar-benar menunjukkan sebaliknya.

Baca artikel berkaitan :Kajian buktikan pemandu kereta mewah tak boleh pakai

Kisah Thomas Heng yang dikongsikan rakannya, Azman Nor di Facebook benar-benar membuka mata netizen, malah ramai memuji sikap toleransinya yang tinggi dalam menyelesaikan isu kemalangan kereta mewah jenis Lamborghini miliknya yang dipandu oleh seorang rakan perniagaan dengan sebuah Perodua Viva yang difahamkan berlaku di Petaling Jaya.

Bukan setakat itu sahaja, dia juga bertindak menawarkan sebuah kenderaan terpakai sebagai ganti memandangkan Viva milik wanita tersebut didapati total loss (musnah)

Difahamkan rakan Thomas gagal mengelak kenderaan di depannya yang tiba-tiba menukar lorong tanpa memberi isyarat.

Keadaan Viva yang total loss dan lamborghini milik Thomas yang remuk Foto : Azman Nor

“Ini bukan soal ada wang boleh beli apa saja, tetapi apa yang saya buat ini lebih kepada untuk memudahkan urusan dan mengurangkan seberapa boleh beban dialaminya.”

“Akibat kemalangan itu, Lamborghini saya remuk pada bahagian depan dan kanan manakala Viva wanita itu ‘total loss’ (musnah).

Foto : FB Azman Nor

“Kes diselesaikan secara baik tanpa pergaduhan malah dua-dua pihak membuat laporan polis untuk proses tuntutan insurans, namun bagi kereta ‘total loss’ ia memakan masa, malah saya dapati tuntutan insurans Viva itu pun sangat rendah,” katanya kepada Harian Metro.

Atas rasa prihatinnya memandangkan kenderaan itu digunakan wanita terbabit yang juga seorang ibu tunggal dengan tiga anak untuk menghantar barangan dijual ‘online’, dia kemudian bertindak menghadiahkan wanita berumur terbabit sebuah kereta Perodua Myvi  yang akan diserahkan kepada wanita berkenaan, Isnin ini.

“Hati saya tersentuh bila mengetahui wanita itu ibu tunggal anak tiga dan bimbang dia terputus sumber rezeki, saya membuat keputusan membelikannya Myvi terpakai untuk memudahkan pergerakannya menghantar pesanan dijual menerusi atas talian.

Perodua Myvi yang dihadiahkan Thomas dan akan diserahkan pada isnin ini Foto : Azman Nor

Selain itu dia juga berkeputusan untuk tidak menuntut sebarang wang insurans dari aunty terbabit, dan akan membuat perjanjian bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini pada masa depan.

“Dalam perjanjian itu menjelaskan, saya dengan rela hati membelikan kereta Myvi itu tanpa perlu dibayar semula wanita itu.

Sememangnya kisah Thomas Heng ini satu dalam seribu, apa yang membuatnya membuat sedemikian tidak kita ketahui namun wajar di jadikan contoh terbaik buat masyarakat.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.