fbpx
Now Reading
Student Baru Balik Dari UK Puji Cara Frontliners Dan Kerajaan Tangani Covid-19

Student Baru Balik Dari UK Puji Cara Frontliners Dan Kerajaan Tangani Covid-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penularan wabak covid-19 dalam negara ketika ini sudah pun masuk ke kluster baru iaitu kluster luar negara yang terdiri dari diplomat luar juga rakyat Malaysia yang baru pulang dari melancong, bekerja mahupun pelajar dari universiti luar negara.

Namun banyak cerita kurang enak yang selalu kita dengar mengenai kluster terbaharu ini sehingga ada yang menggelar mereka dengan panggilan ‘kluster kayangan’

Ini ekoran dari sikap segelintir mereka yang kerap menimbulkan masalah kepada para petugas barisan hadapan negara terutamanya pasukan kesihatan.

Walaupun begitu, masih ramai lagi di kalangan mereka yang baru pulang dari luar negara yang begitu menyanjung tingi pengorbanan frontliners kita antaranya pemuda ini Shacind Ananthan, seorang pelajar kita yang menuntut di United Kingdom.

Menerusi Facebook, Shacind berkongsi pengalamannya pulang ke tanah air bersama 73 yang lainnya dan terpaksa menjalani kuarantin wajib di sebuah hotel di ibu negara.

“Segalanya bermula di dalam pesawat dari Doha ke KL, di mana saya telah transit dari Manchester.

“Dengan hanya 50 orang di atas kapal terbang, kami semua dipisahkan dengan tempat duduk yang berasingan,”

“Selepas berlepas, kami diberikan borang Pengisythiran Kesihatan yang perlu diisi. Selain dari maklumat am soalan spesifik berkait dengan Covid turut diajukan.

“Maklumat seperti no penerbangan dan nombor kerusi turut juga perlu di isi. Saya kemudiannya menyedari ini bertujuan l memudahkan mengesan kontak dengan pesakit Covid-19

Setiba di Airport dia dan lain-lainnnya disambut dua lelaki berpakaian seragam yang meminta mereka supaya menjaga social disctancing sebelum diiringi menaiki skytrain

“Selepas itu kami dibawa menaiki sebuah bas menuju ke balai ketibaan. Setiap bas membawa maksimum 10 penumpang dan kerusi ditanda dengan X supaya kami duduk jauh antara satu sama lain.

“Perkara yang dapat anda lihat adalah di setiap ‘checkpoint’ terdapat sekurang-kurangnya satu hingga dua pegawai yang menjalankan tugas mereka dengan tekun, menjadikan proses berjalan lancar. SOP mereka seperti semua ini sudah dilakukan bertahun-tahun,” katanya

Tambah Sachind, sampai sahaja di kaunter Imigresen, mereka diimbas menggunakan sistem thermometri infra-merah.

“Selepas melaluinya kami dibawa menuju ke arah satu pasukan pegawai kesihatan dari Kementerian Kesihatan (KKM). Saya sangat kagum dengan jumlah pegawai kesihatan dan kemudahan yang disediakan untuk mereka.

“Terdapat kira-kira 10 pegawai yang berpakaian hazmat, masing-masing disediakan dengan kerusi dan meja. Saya disapa seorang wanita yang meminta borang pengisytiharan kesihatan dan mengesahkan jika saya mempunyai sebarang simptom jangkitan.

“Wajah cerianya dan sapaan adik kepada diri saya membuatkan saya rasa selamat. Dia kemudiannya memberikan saya borang penilaian di rumah di mana saya perlu memantau dan melaporkan simptom saya setiap hari,” katanya.

Selesai semua urusan tersebut mereka kemudiannya diminta untuk membersihkan tangan menggunakan sanitizer sebelum diarahkan mengisi borang sementara menunggu 3 lagi kumpulan untuk tiba.

“Perkara yang menjadi persoalan semua orang adalah ke mana kami akan dibawa? Saya terdengar perbualan orang lain berharap agar ia hotel bertaraf lima bintang di KL.

“Dalam situasi sekarang, rakyat Malaysia masih mengharapkan kemewahan dan keselesaan, bukan? Polis turut berkata dia tidak pasti di mana kami akan dikuarantin tetapi memberi jaminan ia tempat yang bagus,” katanya.

Namun agak melegakan apabila kemudiannya mengetahui bahawa mereka semua akan dikuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur iaitu Hotel Impiana KLCC

“Perjalanan mengambil masa selama 50 minit. Puluhan petugas berpakaian hazmat berdiri di tepi meja panjang sedang sibuk melakukan pemeriksaan dan menguruskan pendaftaran kami.

“Sebelum kami turun dari bas, seorang lelaki berpakaian seragam Paskau memberi taklimat kepada kami mengenai tindakan seterusnya. Dia minta kami sediakan pasport untuk pendaftaran,” katanya.

“Di dalam bilik terdapat dua kotak air botol, beg plastik untuk pakaian kotor, beg besar dipenuhi dengan kopi, biskut, makanan ringan dan sebagainya.

“Kami dihidangkan makanan berkhasiat tiga kali sehari dan ditempatkan di hotel empat bintang (beberapa lagi lima bintang) semuanya secara percuma.

“Terdapat pengawasan ketat dan pasukan perubatan di depan pintu kami sepanjang masa. Saya kagum dengan negara ini, terima kasih untuk semua ini Malaysia,” katanya.

Tambah Shacind lagi, dia dan penumpang lain yang dikuarantin turut dimasukkan ke dalam sebuah grup WhatsApp.

“Di situ kami dibanjiri dengan mesej harapan, optimisme dan terima kasih untuk barisan hadapan yang tidak takut membahayakan nyawa mereka.

“Kenapa saya menulis kisah ini? Ini adalah pengalaman seseorang yang meninggalkan negara asing semalaman dengan masa depan yang tidak menentu. Ini juga untuk menentang berita palsu yang cuba merosakkan negara kita yang hebat.

“Tidak keterlaluan untuk saya katakan Malaysia salah sebuah negara yang paling proaktif dalam menangani ancaman Covid-19. Jadi saya menggesa pengkritik tidak bertauliah yang berterusan membantah – kalau tak boleh mengakui kebaikan dilakukan kerajaan, sekurang-kurangnya jangan halang apa mereka buat,” katanya.

Posting Shacind menjadi tular di media sosial dan rata-rata memuji tindakannya yang menceritakan keadaan sebenar dilaluinya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.